AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

23 March 2012

SINAR - FAM Rangka Perlawanan Global Baiki Ranking Harimau Malaya



SHAH ALAM -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang merangka beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf 'A' dalam usaha membaiki ranking skuad bola sepak kebangsaan yang kembali merosot.

Naib Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal berkata antara perlawanan itu ialah menentang Thailand pada 28 April dan India atau Australia pada 29 Mei ini di padang sendiri dan tempat lawan.

Selain itu, katanya badan induk bola sepak itu turut merancang untuk mengadakan perlawanan serupa menentang New Zealand pada 7 dan 11 Sept, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Okt dan Qatar tiga hari kemudian.

"Kami dikhabarkan bahawa Thailand dan Australia mungkin tidak dapat bermain menentang pasukan Harimau Malaya disebabkan kesibukan mereka mengendalikan liga domestik masing-masing.

"Bagi negara-negara lain, kami masih menunggu pengesahan daripada persatuan bola sepak negara masing-masing," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar bagi memperjelaskan prestasi semasa skuad Harimau Malaya.

Subahan berkata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah mengesahkan kesediaan bertemu pasukan negara dalam aksi persahabatan di tempat lawan pada 8 Jun sebelum aksi timbal balik di sini empat hari kemudian.

Skuad Harimau Malaya sebelum ini dikecam hebat beberapa pihak termasuk Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa yang meragui kemampuan skuad itu untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki, yang dimenangi pada 2010 di Indonesia.

Kecaman itu dikatakan berpunca daripada prestasi hambar skuad Harimau Malaya dalam beberapa perlawanan persahabatan termasuk tewas 0-1 kepada Selangor selain diikat 1-1 oleh Filipina baru-baru ini.

Ditanya jika kesemua negara itu enggan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad Harimau Malaya, Subahan berkata FAM tidak mempunyai pilihan selain mengaturkan perlawanan menentang pasukan negeri atau kelab.

Sementara itu, ketua jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk K. Rajagobal berkata perlawanan persahabatan antarabangsa adalah berbeza dengan sesebuah pertandingan bola sepak seperti Piala Asia dan Piala Dunia kerana prestasi
seseorang pemain sentiasa tidak menentu.

Mengambil contoh perlawanan persahabatan melibatkan skuad kebangsaan ketika menentang Filipina yang menyaksikan keputusan seri 1-1 baru-baru ini, Rajagobal berkata pasukan negara itu membuat persediaan hampir dua bulan manakala skuad kendaliannya hanya membuat persediaan beberapa minggu.

"Saya bukannya ingin memberikan alasan tetapi 8,000 penyokong yang hadir ke stadium tertarik dengan cara pasukan kita bermain walaupun kita melakukan persiapan dalam masa singkat," katanya.

Beliau turut mempertahankan kritikan sesetengah pihak yang mempertikaikan strategi beliau menggunakan adunan pemain baru dan lama dalam setiap perlawanan persahabatan antarabangsa.

"Inilah resepi yang membawa kejayaan kepada skuad kebangsaan seterusnya memberi nafas baru kepada seluruh rakyat negara ini terutama kepada peminat bola sepak tempatan," katanya.

Rajagobal berkata sekiranya beliau tidak memberi peluang kepada pemain muda yang berpotensi untuk mewakili negara dalam perlawanan persabahatan, peluang mereka untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan pada masa depan mungkin sukar kerana telah berusia. -- Bernama

No comments:

Post a Comment