Wartawan Sinar Harian
16 Mac 2012
BERBESAR hati dengan pemilihan kali pertama Alto Linus dalam menjalani latihan bersama skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal, pengendali Sabah, Justin Ganai berharap pemain tengah itu berjaya beri persembahan terbaik.
“Ianya satu perkembangan yang bagus bukan sahaja kepadanya (Alto) sebaliknya kepada pasukannya juga. Kerja kerasnya selama ini ternyata berbaloi apabila terpilih,” katanya yang mengetahui tentang pemilihan itu melalui Rajagobal selepas perlawanan persahabatan menentang Harimau Malaya 24 Februari lalu.
Mengakui pemilihan pemain berusia 26 tahun itu turut menjadi motivasi kepada anak didiknya yang lain, Justin yang sentiasa berpuas hati dengan persembahan pemain dari Keningau itu menyifatkan Al-to pemain yang sentiasa cuba dan belajar baiki kesilapan.
“Alto cekap gunakan kelebihan kelajuannya sebagai penyerang bantu rakan sepasukan.
“Meskipun ha-nya terpilih menjalani latihan, namun diharap dia dapat mengekalkan prestasi terbaiknya untuk beraksi dalam skuad kebangsaan,” katanya

No comments:
Post a Comment