AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

14 March 2012

SINAR - Harimau Muda Belum Lengkap



“PEMBENTUKAN Harimau Muda masih belum lengkap seandainya liga bola sepak di negara ini masih belum kuat. Itu reaksi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa mengenai pasukan pelapis untuk skuad kebangsaan.

Bukan menidakkan penghasilan pasukan dibarisi pemain berumur bawah 20 tahun itu, beliau menyifatkan Harimau Muda tidak seharusnya menjadi satu pasukan eksklusif mewakili negara, sedangkan masih ramai pemain muda di pasukan negeri-negeri yang berkebolehan wajar diberi peluang yang sama.

“Jika kita lihat Harimau Muda B yang bersaing dalam Liga Perdana bukanlah pasukan kuat, tetapi di negeri-negeri mereka memberi peluang kepada pemain muda dan menjadikan tahap peningkatan pasukan itu tinggi seperti Perak.
“Sebab itu, kita perlu memperkasakan liga tempatan terlebih dahulu kerana jika mempunyai liga kuat, saya yakin kita mampu membentuk pasukan negara kuat, meskipun tiada konsep Harimau Muda,” katanya selepas melancarkan Kempen Integriti Liga Malaysia 2012, semalam.

Apa yang lebih membimbangkan apabila Annuar turut mengakui konsep Harimau Muda memerlukan perbelanjaan tinggi sehingga menyebabkan FAM meminta bantuan kepada kerajaan seperti membiayai Harimau Muda A.

“Sistem pembangunan bola sepak penting kerana jika kita memilikinya ia mampu menjamin pasukan negara berada di tahap tertentu dalam tempoh yang lama.

Tegas dengan pendiriannya, Annuar yakin dengan adanya sistem pembangunan bola sepak yang stabil dapat menghasilkan pasukan negara berada dalam 100 atau 75 ranking dunia, seperti Jepun apabila mereka menjadi satu pasukan unggul di Asia sehingga kini.

“Ini kerana dengan tahap kema­juan, jumlah penduduk, tahap prasarana, dan komitmen kerajaan dalam membangunkan sukan bola sepak negara, kedudukan di ranking 140 atau 150 dunia bukanlah satu kedudukan wajar,” katanya yang berharap pasukan negara mampu tergolong dalam kelompok 80 pasukan terbaik dunia yang pernah negara capai suatu ketika dahulu.

Mengulas mengenai pasukan kebangsaan negara, Annuar mengakui prestasi mereka masih tidak menentu ditambah alasan tidak munasabah apabila berlakunya kekala­han, sedangkan kemampuan kita disukat berdasarkan kejohanan setiap tahun.

“Sudah sampai masanya kita mencari kaedah berasaskan rangka kerja jelas, komprehensif dan secara bersama,” katanya

No comments:

Post a Comment