AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

14 March 2012

SINAR - Rajagoba; : Skuad Masih Muda, Jangan Cepat Melatah



SEDAR banyak mata yang memerhati dan mengharapkannya untuk membimbing skuad kebangsaan terutama dalam mempertahankan Piala AFF Suzuki November ini, Datuk K Rajagobal mahu kepercayaan terus diberikan kepadanya.

Meskipun ada yang menganggap prestasi dipamerkan Harimau Malaya umpama yo-yo, Rajagobal tetap bersikap realistik dan yakin skuad negara kini sudah berada di landasan tepat bagi mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Memang kita masih belum setaraf dengan pemain antarabangsa yang lain, namun begitu janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan. Sebagai jurulatih, saya lihat mereka sudah berjaya memberikan aksi terbaik walaupun bukan pada tahap yang membanggakan.

“Sudah tentu saya juga inginkan kemenangan dalam setiap perlawanan, tetapi kita harus ingat, segalanya mungkin berlaku dalam bola sepak, ada masa kita di atas dan ada kalanya di bawah,” katanya yang mengulas kenyataan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa mengenai prestasi skuad Harimau Malaya.

Enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut, Rajagobal sebaliknya mahu menumpukan tugasan dalam menguji persefahaman pemain selain menilai muka-muka baharu untuk beraksi di peringkat antarabangsa lebih-lebih lagi menjelang Piala AFF yang bakal bermula 10 bulan lagi.

Tidak bermaksud untuk memberikan sebarang alasan berhubung prestasi pasukannya yang sering dipertikaikan, Rajagobal sendiri mengakui skuad kebangsaan masih lagi belum bersedia sepenuhnya untuk diletakkan sebaris dengan pasukan handalan Asia, seperti Jepun.

“Namun begitu, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana skuad kebangsaan dibarisi pemain muda yang mempunyai masa depan cerah. Oleh itu, inilah masa yang terbaik untuk saya mencuba mereka dengan situasi dan tekanan yang lebih besar melalui perlawanan antarabangsa,” katanya yang gembira kerana sentiasa mendapat sokongan daripada pihak pengurusan terutama pengurus pasukan, Datuk Subhan Kamal.

Dalam perkembangan lain, teruja dengan penerimaan Anugerah Terbilang untuk kategori sukan bagi Anugerah Pencapaian Malaysia 2012 yang diberikan kepadanya, Rajagobal berjanji untuk bekerja lebih keras dan bermatlamat membawa Harimau Malaya beraksi di Piala Asia yang berlangsung di Australia 2015 nanti.

No comments:

Post a Comment