AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

28 March 2012

KOSMO - Kim Swee Beri Restu

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
WAN ZACK (kiri) semakin hampir untuk beraksi dalam liga divisyen tiga Jepun.

HASRAT kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu mendapatkan khidmat dua tonggak Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria bakal menjadi kenyataan.

Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee memberitahu, buat masa ini perbincangan mengenai perkara itu sudah memasuki fasa akhir dan kedua-dua pemain berkenaan dijangka menyertai kelab tersebut selewat-lewatnya Julai depan jika tiada sebarang perkara lain berbangkit.

Sebagai jurulatih katanya, beliau mengalu-alukan mana-mana pemain menimba pengalaman di mana-mana kelab luar yang dilihat mampu membantu meningkatkan tahap permainan mereka.

“Saya merestui pemergian mereka untuk menimba pengalaman di luar negara dengan syarat pemain itu bersedia dipanggil pulang mewakili pasukan kebangsaan pada bila-bila masa,” katanya kepada pemberita di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya semalam.

Media sebelum ini melaporkan hasrat FC Ryukyu yang berminat mendapatkan khidmat kedua-dua pemain tersebut bagi memperkuatkan pasukan mereka ketika aksi divisyen tiga Liga Jepun yang dijangka bermula Julai depan.

Kim Swee berkata, mengikut perbincangan awal, FC Ryukyu mahu menandatangani kedua-dua pemain itu akhir bulan ini.

“Begitupun, saya khuatir ia akan mengganggu persiapan pasukan menjelang kelayakan Piala AFC yang dijadualkan bermula 23 Jun depan,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee juga berpuas hati dengan kemampuan pasukannya yang masih kebal dengan rekod tanpa kalah serta menduduki tangga kedua Liga Singapura (Liga S) dengan 11 mata selepas lima perlawanan setakat ini.

“Ia satu keputusan yang memberangsangkan, terutamanya beraksi tanpa tenaga pemain import berbanding pasukan lain dalam Liga S, dan saya rasa pasukan kita berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran menamatkan saingan liga di tangga kelima.

“Namun, masih terlalu awal untuk berasa selesa. Tambahan pula, matlamat asal menyertai liga tersebut adalah untuk membentuk persefahaman antara pemain bagi menempuh kejohanan berskala lebih besar selepas ini.

“Disebabkan itu, saya lebih gemar menurunkan pemain muda sebagai langkah pendedahan dalam Liga S. Hanya Affizie (Faizal Mamat) sahaja yang berusia 23 tahun selebihnya baru berusia 22 tahun.” katanya. Harimau Muda bakal berdepan dengan Singapore Armed Forces di Stadium Choa Chu Kang, Ahad ini.

Kim Swee memberitahu, antara pemainnya yang masih dibelenggu kecederaan ketika ini termasuklah Izzaq Faris Ramlan, Mahali Jasuli, Nazirul Naim Che Hashim, Irfan Fazail dan Mohamad Amer Saidin.

No comments:

Post a Comment