AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

14 March 2012

BHARIAN - Malaysia Buru Mata Penyelamat

Oleh Wan Fakhrul Bakar
2012/03/14

PERTEMBUNGAN dengan Syria di Stadium Raja Abdullah, Amman, Jordan, malam ini untuk aksi terakhir Kumpulan C, Kelayakan Olimpik 2012 bakal menjadi perlawanan rasmi terakhir buat skuad Olimpik negara kendalian Ong Kim Swee.

Biarpun Kim Swee mahu menjadikannya medan persiapan awal buat majoriti pemain skuad Olimpik yang bakal menjadi asas skuad B-21 negara untuk Kelayakan Piala Asia B-22 2013, Jun depan, mata sulung tetap mahu diraih bagi menjaga maruah.

 Namun skuad negara bakal turun tanpa Wan Zack Haikal Wan Nor yang digantung, Gary Steven Robbat dan A Thamil Arasu yang cedera, Muslim Ahmad dan K Gurusamy yang tidak dibawa serta kapten, Khairul Fahmi Che Mat yang hanya akan direhatkan di bangku simpanan.

Sebaliknya Kim Swee mahu menguji Izham Tarmizi Roslan di gawang selain beberapa pemain muda lain seperti Azrif Nasrulhaq Badrul, Azizan Nordin, D Saarvindran, Ashri Chuchu dan Rozaimi Abd Rahman.

Bagaimanapun tidak semudah itu kerana Syria tetap memerlukan kemenangan bagi meneruskan kemaraan ke Olimpik.

“Kami mahu menang besar dengan harapan dapat layak ke Olimpik sama ada secara automatik atau playoff. Kami tidak dapat membuat persiapan cukup rapi untuk perlawanan ini tetapi tetap akan berusaha mencapai keputusan positif bagi memberi kepuasan kepada penyokong,” kata jurulatih Syria, Hitham Jatal menerusi laman web www.syrian-soccer.com.

Pada pertemuan di Bukit Jalil, 23 November lalu, Syria yang ketika itu dibimbing bekas jurulatih, Immad Khankan mencatat kemenangan 2-0 ke atas skuad negara yang ketika itu baru dua hari meraih pingat emas Sukan SEA XXVI Jakarta.

No comments:

Post a Comment