AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

21 September 2012

PERSAHABATAN - Malaysia vs Kemboja

HARIMAU MALAYA (3) vs (0) KEMBOJA

Diam-diam sahaja, satu perlawanan persahabatan antara HM dgn Kemboja diadakan, dan akhirnya Super Safee mengakhiria kemarau gol. Perlawanan yang dirahsiakan drp peminat dan media ini adalah 'tertutup' dan mungkin pemanas badan sahaja, kerana Kemboja melakukan latihan persiapan Piala AFF di sini. Dan Kemboja akan bertemu Harimau Muda pada 2 Oktober ini

Sumber : Bharian

Safee akhiri kemarau gol

2012/09/21 - 07:14:31 AM



Safee meraikan jaringannya bertemu Kemboja, malam tadi. Malaysia menang 3-0. Kuala Lumpur: Perlawanan rahsia skuad Harimau Malaya dengan Kemboja di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), malam tadi berakhir dengan kemenangan 3-0 berpihak kepada anak buah Datuk K Rajagobal.

Penyerang berbisa, Safee Sali mengakhiri kemarau jaringan bersama skuad kebangsaan apabila membuka jaringan pada minit ke-50 selepas mudah menanduk masuk hantaran lintang Wan Zack Haikal Wan Nor yang memberi nafas baru kepada jentera serangan sebaik dimasukkan pada babak kedua.
Selang lima minit kemudian, Zaquan Adha Abd Radzak mengukuhkan kedudukan dengan meledak gol kedua selepas menggelecek pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan tepat ke gawang Kemboja sebelum sekali lagi menceriakan kem negara dengan menyumbat gol ketiga (m-73).

Lebih bertenaga

Walaupun beraksi tanpa khidmat pemain Selangor dan Kelantan, permainan skuad kebangsaan yang dalam persiapan menghadapi Piala AFF Suzuki November ini tampak jauh lebih bertenaga berbanding ketika tewas 2-0 di tangan Vietnam sebelum ini.

Bagaimanapun, sukar difahami tindakan Rajagobal menyembunyikan perlawanan itu daripada pengetahuan umum termasuk media tempatan yang hanya ke perlawanan berkenaan selepas desas-desus mengenainya diperkatakan di laman sosial Facebook.

Kemboja yang menjalani latihan di Wisma FAM sehingga bulan depan akan menentang Harimau Muda pada 2 Oktober ini, sekembalinya skuad kendalian Ong Kim Swee dari Singapura

No comments:

Post a Comment