Perlawanan Persahabatan Skuad Harimau Muda sebelum persiapan ke Piala SCTV (Indonesia) menentanf skuad kebangsaan Brunei Darussalam. HM Menang 4-1 dengan jaringan A. Thamil Arasu (8), Wan Zaharulnizam Zakaria (25), D.Saarvindran (65) dan Ferris Danial Mat Nasir (78). Gol Brunei dihasilkan Julremi Zaini (43)
Sumber : Utusan
Kim Swee masih tak puas hati
SHAH ALAM - Kemenangan 4-1 ke atas skuad kebangsaan Brunei pada aksi persahabatan semalam belum memuaskan hati jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.
Tegas Kim Swee, keutamaannya adalah perlawanan Piala SCTV menentang pasukan Bawah 22 Indonesia di Jakarta, Ahad ini.
Menurut Kim Swee, perlawanan Ahad ini bakal menjadi ujian buat pemain yang jarang diturunkan serta pemain baru yang dipanggil bagi memantapkan pasukan, ekoran beberapa pemain utama mengalami kecederaan dan beraksi untuk skuad senior menentang Vietnam Selasa ini.
"Kita tidak boleh bandingkan apa yang berlaku hari ini (semalam) menjelang pertemuan dengan pasukan Indonesia kerana pasukan mereka bertambah baik," katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium UiTM Shah Alam, semalam.
Skuad negara meraih jaringan menerusi A. Thamil Arasu (minit kelapan), Wan Zaharulnizam Zakaria (ke-25), D.Saarvindran (ke-65) dan Ferris Danial Mat Nasir (ke-78).
Gol Brunei dihasilkan Julremi Zaini pada minit ke-43
No comments:
Post a Comment