AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

13 September 2012

METRO - Buntu Robek Lawan

SEKAT...Safee (kanan) dihalang pemain Vietnam, Dao Van Phong pada perlawanan kelmarin.
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


PENYERANG Mohd Safee Sali berpendapat corak serangan Harimau Malaya sudah boleh dibaca pasukan lawan yang mengakibatkan mereka buntu menjaringkan gol hingga tewas 0-2 kepada Vietnam dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Dia yang dimasukkan pada babak kedua selepas ketinggalan dua gol berkata, mereka perlu mencari jalan memantapkan serangan jika mahu memastikan Piala Suzuki AFF kekal milik Malaysia hujung tahun ini.

“Kami perlu perbaiki kelemahan dengan mempelbagaikan corak serangan kerana pemain lawan sudah boleh membaca strategi yang disusun,” katanya.

Pada perlawanan menentang Vietnam, ketua jurulatih Datuk K Rajagobal menurunkan penyerang terbaik kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Zaquan Adha Abd Razak dalam kesebelasan utama namun gagal membuahkan hasil.


Biarpun kemasukan Safee dan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-56 memberikan sedikit nafas kepada jentera serangan namun serangan yang dicipta gagal menepati sasaran.


Safee, penjaring terbanyak ketika membantu Harimau Malaya muncul juara buat kali pertama Piala AFF dua tahun lalu, tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa kerana gagal melunaskan hajat menamatkan kemarau jaringan peribadinya.






Selepas menjaringkan dua gol ketika tewas 2-3 kepada India pada aksi persahabatan November lalu, pemain kelab Pelita Jaya FC Indonesia itu hingga kini masih tercari-cari sentuhan penyudah bersama skuad kebangsaan.


“Saya memang kecewa kerana tidak menjaringkan gol tapi tidak rasa tertekan dengan situasi ini. Yang penting saya berjaya menjalankan tanggungjawab diberikan dan saya harap dapat mengembalikan sentuhan sebelum Piala AFF bermula.” Sementara itu, Rajagobal juga turut ditanya mengenai masalah dihadapi Safee itu.




“Dia beraksi pada separuh masa kedua dan menunjukkan sesuatu dalam permainan. “Kami memerlukan pengalamannya dalam pasukan ini. Pada Piala AFF lalu, dia hanya menyerlah pada separuh akhir dan saya masih menaruh keyakinan tinggi terhadapnya,” katanya

No comments:

Post a Comment