AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

21 September 2012

PERSAHABATAN - Malaysia vs Kemboja

HARIMAU MALAYA (3) vs (0) KEMBOJA

Diam-diam sahaja, satu perlawanan persahabatan antara HM dgn Kemboja diadakan, dan akhirnya Super Safee mengakhiria kemarau gol. Perlawanan yang dirahsiakan drp peminat dan media ini adalah 'tertutup' dan mungkin pemanas badan sahaja, kerana Kemboja melakukan latihan persiapan Piala AFF di sini. Dan Kemboja akan bertemu Harimau Muda pada 2 Oktober ini

Sumber : Bharian

Safee akhiri kemarau gol

2012/09/21 - 07:14:31 AM



Safee meraikan jaringannya bertemu Kemboja, malam tadi. Malaysia menang 3-0. Kuala Lumpur: Perlawanan rahsia skuad Harimau Malaya dengan Kemboja di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), malam tadi berakhir dengan kemenangan 3-0 berpihak kepada anak buah Datuk K Rajagobal.

Penyerang berbisa, Safee Sali mengakhiri kemarau jaringan bersama skuad kebangsaan apabila membuka jaringan pada minit ke-50 selepas mudah menanduk masuk hantaran lintang Wan Zack Haikal Wan Nor yang memberi nafas baru kepada jentera serangan sebaik dimasukkan pada babak kedua.
Selang lima minit kemudian, Zaquan Adha Abd Radzak mengukuhkan kedudukan dengan meledak gol kedua selepas menggelecek pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan tepat ke gawang Kemboja sebelum sekali lagi menceriakan kem negara dengan menyumbat gol ketiga (m-73).

13 September 2012

METRO - Buntu Robek Lawan

SEKAT...Safee (kanan) dihalang pemain Vietnam, Dao Van Phong pada perlawanan kelmarin.
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


PENYERANG Mohd Safee Sali berpendapat corak serangan Harimau Malaya sudah boleh dibaca pasukan lawan yang mengakibatkan mereka buntu menjaringkan gol hingga tewas 0-2 kepada Vietnam dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Dia yang dimasukkan pada babak kedua selepas ketinggalan dua gol berkata, mereka perlu mencari jalan memantapkan serangan jika mahu memastikan Piala Suzuki AFF kekal milik Malaysia hujung tahun ini.

“Kami perlu perbaiki kelemahan dengan mempelbagaikan corak serangan kerana pemain lawan sudah boleh membaca strategi yang disusun,” katanya.

12 September 2012

KOSMO - Jadula Harimau Muda Padat

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


JADUAL skuad Harimau Muda sangat padat sehingga hujung tahun ini.


JADUAL skuad Harimau Muda di saat ini cukup padat. Bermula minggu ini, skuad kendalian Ong Kim Swee akan 'terbang' ke luar negara pada setiap hujung minggu. Bukan untuk 'melawat kawasan', sebaliknya mereka akan menyambung semula perjuangan yang belum selesai dalam saingan Liga Singapura (Liga S) 2012.

Sabtu ini, Harimau Muda bakal melayan kunjungan pasukan di tangga kelima liga, Home United di Stadium Yishun, Singapura, kurang seminggu selepas mendakap trofi Piala SCTV sebaik menewaskan skuad Bawah 22 Tahun (B-22) Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Ahad lalu.

07 September 2012

JEMPUTAN : Piala SCTV, Indonesia

Skuad Harimau Muda akan menyertai jemputan SCTV CUP (Sempena Ulangtahun Stesen TV Indonesia) bermula 9-10 September ini di Jakarta, Indonesia. Sebanyak 4 Kumpulan akan bertanding iaitu Skuad Indonesia, Skuad Indonesia B22, Skuad Korea Utara dan Skuad Harimau Muda (HM).
 
KEPUTUSAN :

09.09.2012 - Harimau Muda (1) vs Garuda Muda (0) 
10.09.2012 - Indonesia (0) vs Korea Utara (2)
 
Korea Utara - Juara Piala SCTV 2012
HM Juara Piala SCTV 2012 (kategori U22)

harimau muda juara scv cup 2012
 
Sumber Bharian:

Skuad Kim Swee tanpa lapan tonggak

Skuad B-22 negara bakal menghadapi perlawanan jemputan Piala SCTV menentang skuad B-22 Indonesia di Gelora Bung Karno, Jakarta, Ahad ini tanpa lapan tonggak utama.

Namun ia mahu dilihat dari sudut positif buat pengendalinya, Ong Kim Swee yang akan mencuba pemain baru dipanggilnya sama ada mampu menangani tekanan suasana perlawanan sebagai bayangan awal menjelang Sukan SEA 2013 di Myanmar.
Empat pemain - Fadhli Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat dan Zubir Azmi kini bersama skuad kebangsaan untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang Vietnam di Stadium Shah Alam, 11 September ini, manakala empat lagi pemain - Rozaimi Abd Rahman, Fandi Othman, Azrif Nasrulhaq Badrul dan Ashri Chuchu kini mengalami kecederaan.

Tanpa lapan pemain utama, saya perlu positif untuk menilai pemain lain yang mampu menjadi pengganti jika ada kecederaan berlaku menjelang Sukan SEA tahun depan. Jika mereka gagal beraksi baik di Gelora Bung Karno (Ahad ini), sukar untuk mereka main di Myanmar nanti. Saya jangka satu perlawanan sengit dengan skuad B-22 Indonesia nanti, kata Kim Swee.

06 September 2012

PERSAHABATAN : Harimau Malaya VS Vietnam

 
Perlawanan persahabatan skuad kebangsaan, Harimau Malaya dengan Skuad Vietnam dalam persiapan menjelang Piala AFF (Oktober) ini, pada 11 September 2012 (Selasa) di Stadium Shah Alam. Dijangka ada LIVE di ASTRO ARENA bermula jam 8.00, Mari sama-sama beri sokongan. Perlawanan Persahabatan Antarabangsa ini juga adalah timbal balik dan dijangka akan diadakan di Hanoi, Vietnam pada 3 November 2012. Sapakan gandingan Safee Sali kali ini? adakah beliau dapat akhiri kemarau jaringan!! jom sokong..
 
KEPUTUSAN
MALAYSIA (0)    vs VIETNAM (2)
 
PENYERANG Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) diasak dua pemain Vietnam pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi.

REPUTASI selaku juara Piala AFF Suzuki 2010 dilihat seolah-olah hanya tinggal sejarah buat Harimau Malaya........................
Vietnam mendahului 1-0 pada minit ke-32 selepas penyerang utamanya, Le Cong Vinh menanduk kemas hantaran Lee Tan Tai untuk menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias, lantas meleburkan rekod tanpa bolos skuad negara sepanjang aksi persahabatan Kelas A di laman sendiri, tahun ini
Namun hanya dua minit selepas separuh masa kedua bersambung, skuad kebangsaan tambah tertekan apabila Vietnam memperoleh gol kedua hasil sepakan pemain tengah, Phan Thanh Hung yang berjaya memerangkap Farizal

PERSAHABATAN : Harimau Muda VS Brunei

 
Perlawanan Persahabatan Skuad Harimau Muda sebelum persiapan ke Piala SCTV (Indonesia) menentanf skuad kebangsaan Brunei Darussalam. HM Menang 4-1 dengan jaringan A. Thamil Arasu (8), Wan Zaharulnizam Zakaria (25), D.Saarvindran (65) dan Ferris Danial Mat Nasir (78). Gol Brunei dihasilkan Julremi Zaini (43)
 
Sumber : Utusan
 
Kim Swee masih tak puas hati
 
SHAH ALAM - Kemenangan 4-1 ke atas skuad kebangsaan Brunei pada aksi persahabatan semalam belum memuaskan hati jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.
Tegas Kim Swee, keutamaannya adalah perlawanan Piala SCTV menentang pasukan Bawah 22 Indonesia di Jakarta, Ahad ini.
Menurut Kim Swee, perlawanan Ahad ini bakal menjadi ujian buat pemain yang jarang diturunkan serta pemain baru yang dipanggil bagi memantapkan pasukan, ekoran beberapa pemain utama mengalami kecederaan dan beraksi untuk skuad senior menentang Vietnam Selasa ini.
"Kita tidak boleh bandingkan apa yang berlaku hari ini (semalam) menjelang pertemuan dengan pasukan Indonesia kerana pasukan mereka bertambah baik," katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium UiTM Shah Alam, semalam.
Skuad negara meraih jaringan menerusi A. Thamil Arasu (minit kelapan), Wan Zaharulnizam Zakaria (ke-25), D.Saarvindran (ke-65) dan Ferris Danial Mat Nasir (ke-78).
Gol Brunei dihasilkan Julremi Zaini pada minit ke-43

03 September 2012

KOSMO : Wan Zack Ketepi Sentimen Peribadi

WAN ZACK (kiri) turut mencatat nama sebagai penjaring pada aksi menentang Singapore Armed Forces pada saingan Liga Singapura semalam.
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

PELEDAK berbisa Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Noor jelas tidak memikirkan sentimen 'luar padang' berhubung masa depannya bersama kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu.

Buktinya, Wan Zack, 21, berjaya meledak satu gol ketika membantu Harimau Muda 'mengerjakan' Singapore Armed Forces dengan keputusan 4-1 dalam aksi Liga Singapura (Liga S) di Stadium Yishun, Singapura malam kelmarin.

Menurut Wan Zack, dia sentiasa percaya kepada rezeki yang dianugerahkan Tuhan, justeru tidak bermakna konsentrasinya terjejas meskipun belum mendapat sebarang pengesahan 'hitam-putih' daripada kelab yang berpangkalan di Okinawa itu.