![]() |
| SKUAD Harimau Malaya berangkat ke Australia semalam untuk memulakan latihan pendedahan di negara kanggaru itu. |
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal enggan 'mengibarkan bendera putih', malah optimis anak-anak buahnya masih mampu menyambar slot ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia nanti.
Ketika ini, skuad negara menduduki tempat ketiga Kumpulan D selepas tumpas 0-2 kepada Qatar (6 Februari) sebelum kembali bangkit menumpaskan Yemen 2-1 di laman sendiri pada 22 Mac lalu.
"Atas kertas, skuad negara merupakan pasukan terbaik Asia Tenggara (dalam kempen kelayakan Piala Asia) setakat ini apabila berjaya mengutip tiga mata.
"Sebab itu saya mahu berdepan pasukan yang kuat di Australia sebagai persiapan skuad kebangsaan.
"Jadi, saya ada masa membentuk pasukan sebelum berdepan Bahrain pada Oktober depan," kata Rajagobal baru-baru ini.
Malam tadi, skuad negara telah berlepas ke Australia sebagai persiapan awal mengharungi baki aksi kelayakan Piala Asia dan hanya kembali ke tanah air pada 15 Jun ini.