Kuala Lumpur: Jurulatih skuad Bawah 23 Tahun negara (B-23), Ong Kim Swee melahirkan rasa tidak puas hati terhadap prestasi anak buahnya selepas mensia-siakan peluang melakar kemenangan apabila membenarkan Laos bangkit mengikat kedudukan 3-3 pada aksi persahabatan di Vientiane, kelmarin.
Selepas mendahului 3-1, skuad muda negara melakukan kesilapan hingga memberi ruang kepada Laos yang dibarisi pemain senior menyumbat dua gol dalam tempoh lima minit terakhir. Biarpun mengaku prestasi pemain lebih baik berbanding ketika seri dengan Myanmar 0-0 dalam satu lagi aksi persahabatan minggu lalu, Kim Swee nyata kurang senang dengan keputusan diraih di Vientiane kali ini.
“Kita bermain lebih baik berbanding menentang Myanmar tapi selepas mendahului 3-1, kita gagal mengawal keadaan hingga dibolosi dua gol dalam lima minit terakhir menerusi sepakan penalti dan kesilapan pemain mengeluarkan bola.
“Saya mahu semua pemain khususnya pemain baru lebih matang apabila berada dalam tekanan. Saya memang belum puas hati dengan prestasi keseluruhan pasukan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro di Vientiane semalam. Pada perlawanan itu, gol skuad negara disumbang A Thamil Arasu, Rozaimi Abd Rahman dan Muhammad Nurridzuan Abu Hassan.

ROZAIMI (kiri) berjaya jaring satu gol. |
Skuad kendalian Kim Swee kembali ke tanah air malam semalam dan akan berlatih seperti biasa sebelum berlepas ke Slovakia bagi sesi latihan dan perlawanan bermula 15 Mac sebagai persiapan menghadapi misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA Myanmar hujung tahun ini.
Sementara itu, Kim Swee mengesahkan masih belum ada kata putus mengenai kontrak dua pemain Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Wan Zaharulnizam Zakaria bersama Ryukyu FC meskipun wakil kelab divisyen tiga Jepun itu datang ke Laos untuk mengadakan perbincangan.
“Hasil perbincangan dengan wakil kelab itu nampak positif tapi keputusan akhir hanya diketahui selepas satu lagi perbincangan pada 11 Mac ini.”
No comments:
Post a Comment