AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

08 February 2013

SINAR - Kami Masih Terbaik

Pemain Qatar, Abdelkarim Hassan (kanan) cuba merampas kawalan bola daripada Azammuddin Mohd Akil (kiri).
TUMPAS 0-2 kepada Qatar pada perlawanan pertama Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Jassim Bin Hamad, Doha, skuad Datuk K Rajagopal cuma tidak bernasib baik.

Namun, bagi Rajagobal, mereka sudah lakukan yang terbaik, bagaimanapun Qatar lebih bertuah berjaya memanfaatkan peluang dihadapan penyokong sendiri untuk menafikan cabaran Harimau Malaya.

“Kami bermain dengan baik dan berjaya mengikat kedudukan 0-0 sehingga tamat babak pertama. Jika kita lihat aksi malam ini (kelmarin) banyak peluang dicipta dan kami hampir menjaringkan gol, cuma tuah tidak bersama kami untuk mencipta jaringan.

“Memasuki separuh masa kedua, prestasi pasukan masih tidak mengecewakan, namun agak malang apabila kita melepaskan gol pertama kepada Qatar,” katanya.

Kebangkitan cuba dilakukan selepas gawang dibolosi gol pertama dengan harapan mencari gol penyamaan bagaimanapun, anak didik Rajagobal terus menemui jalan buntu.
“Namun saya tetap berpuas hati dengan keseluruhan persembahan pasukan walaupun kita sekali lagi dihukum dengan gol kedua lawan,” katanya.

Selepas tamat kesemua empat perlawanan Kumpulan D yang turut melibatkan satu lagi aksi antara Yaman dan Bahrain , Harimau Malaya hanya mampu berpuas hati di tangga tercorot kumpulan bersama Yaman yang juga tewas 0-2 kepada Bahrain.

Pertembungan Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 seterusnya bakal menyaksikan kunjungan Yaman ke Stadium Shah Alam, 22 Mac depan.

No comments:

Post a Comment