Safiq Rahim (kiri) dan rakan meraikan gol pertama Harimau Malaya menentang Laos pada saingan Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto REUTERSMalaysia mesti menang temu Indonesia untuk ke separuh akhir |
Kuala Lumpur: Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal tidak mahu terlalu gembira dengan kemenangan 4-1 ke atas Laos malam tadi, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada perlawanan terakhir Kumpulan B menentang Indonesia, Sabtu ini.
“Pemain melaksanakan tugas mereka malam ini (semalam), tetapi masih ada yang perlu diperbaiki menjelang pertemuan dengan Indonesia nanti,” kata Rajagobal semalam.
“Pertukaran dalam kesebelasan utama membawa hasil, pujian harus diberikan kepada Shakir Shaari yang beraksi cemerlang di bahagian tengah.