Gaji yang bakal diterima Rozaimi (kiri) daripada kelab berpangkalan di Thailand itu dikhabarkan tidak jauh berbeza daripada yang diterimanya ketika ini. |
Rozaimi kekal di Liga Malaysia
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
7 Ogos 2012
KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) untuk tidak melepaskan bintang muda, Rozaimi Abd Rahman beraksi bersama Kelab BEC Tero Sasana FC yang berpangkalan di Thailand, adalah demi kepentingan kariernya.
Setiausaha Agung Safa, Alijus Sipil berkata, pihaknya menyedari peluang yang bakal dimiliki Rozaimi apabila beraksi di luar negara, namun ia belum cukup menyakinkan mereka untuk melepaskannya.
"Memandangkan Rozaimi kini berada dibawah kendalian jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal, kami merasakan adalah lebih baik pemain itu terus beraksi dalam liga tempatan dahulu sebelum berhijrah.

“Bukan kita menyekat peluangnya, tetapi kita melihat kepada perkembangan kerjayanya yang masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih tempatan khususnya pasukan kebangsaan.
“Lagipun, Rozaimi masih muda dan sekiranya dia berhijrah ke BEC Tero Sasana FC, itu akan merumitkan latihannya bersama skuad kebangsaan. Saya yakin, kelab tersebut tidak akan melepaskan Rozaimi bagi menjalani latihan bersama skuad kebangsaan," katanya.
BEC Tero Sasana FC sebelum ini menawarkan kontrak selama dua tahun dengan bayaran gaji lumayan tanpa perlu hadir menjalani ujian pemilihan kepada Rozaimi.
Bagaimanapun, Sabah menolak tawaran itu atas sebab komitmen Rozaimi kepada Selangor untuk Piala Malaysia selama tiga bulan dan tugas bersama Harimau Malaya, selain kontraknya bersama Sabah yang akan tamat pada 2014.
Menurut Alijus, gaji yang ditawarkan BEC Tero Sasana kepada pemain ini juga tidak jauh beza dengan gaji diterima Rozaimi ketika ini.
“Memandangkan dirinya masih muda dan perlukan banyak pengalaman saya fikir wajar dia melupakan hasrat untk beraksi dalam Liga Thailand,” katanya.
No comments:
Post a Comment