IMBAS KEMBALI... Kim Swee (dua dari kanan) mengendalikan latihan pasukan Harimau Muda pada Sukan SEA 2011 diJakarta, Indonesia. |
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
DI saat perjuangan dalam aksi Liga Singa- pura (Liga S) 2012 masih belum ternoktah, timbul pula spekulasi bahawa skuad Hari- mau Muda enggan lagi mengambil bahagian dalam liga tersebut musim depan.
Segala-galanya bermula apabila Harimau Muda dikatakan mahu ‘berguru’ di Eropah sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar.
Disebabkan itu, wujud desas-desus nega- tif yang mengatakan bahawa kempen Liga S tidak begitu kompetitif buat anak-anak buah Kim Swee, sekali gus membayangkan perjuangan mereka dalam saingan musim ini seolah-olah sekadar ‘makan angin’ semata- mata.

Begitupun, Kim Swee memiliki alasannya tersendiri berhubung perkara itu, sambil menegaskan, Liga S tetap menjadi keutamaan anak-anak buahnya.
“Jangan salah faham, Liga S bukannya pi- lihan kedua buat kami memandangkan cabaran pasukan-pasukan lain dalam liga tersebut memberikan kesan positif kepada co- rak permainan kami,” katanya kepada Kosmo! kelmarin.
Berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) antara Persatuan Bola Sepak Malay- sia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singa- pura (FAS) sebelum ini, skuad Harimau Muda beraksi dalam saingan Liga S sehingga 2015 manakala wakil Singapura, Lions XII menyertai Liga Malaysia (Liga M).
Mengulas lanjut, Kim Swee berkata, skuadnya berhasrat untuk menimba ilmu di Eropah sebagai persiapan awal memperta- hankan pingat emas Sukan SEA yang dimenangi mereka di Jakarta tahun lalu.
Menurut Kim Swee, sebagai juara dua edisi berturut-turut, saingan Liga S dilihat memberi peluang kepada pasukan-pasukan lain ‘mengintip’ kekuatan Harimau Muda.
“Jadi, saya rasa ada baiknya kami kekal berlatih secara ‘rahsia’ di Eropah (Slovakia) seperti mana sebelum ini, dan saya harap keputusan (sama ada menyertai Liga S musim depan atau tidak) dapat diselesaikan segera,” jelasnya.
Ketika ini, Harimau Muda berada di tangga kelima Liga S dengan 29 mata, lapan mata di belakang pendahulu liga, Albirex yang begitupun beraksi lebih dua perlawa- nan.
Mereka yang melakar kemenangan 2-1 ke atas Brunei DPMM Ahad lalu bakal melayan kunjungan pasukan di tangga ketujuh, Armed Forces di Stadium Yishun, Sabtu ini.
Ia merupakan aksi terakhir anak-anak buah Kim Swee dalam saingan Liga S sebelum ‘berehat seketika’ bagi menyertai kejohanan jemputan Piala SCTV di Indonesia selama dua hari bermula 9 September ini.
No comments:
Post a Comment