AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

01 August 2012

KOSMO : Safee Masih Ada Masa

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my

SAFEE (kiri) dicabar pemain City, Pablo Zabaleta pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

BARANGKALI tidak keterlaluan rasanya jika menyamakan nasib peledak berbisa negara, Mohd. Safee Sali seperti penyerang Chelsea, Fernando Torres.

Ketika ini, tonggak Pelita Jaya itu masih gagal menemui sentuhan penyudah setiap kali mewakili skuad kebangsaan termasuk ketika tewas 1-3 kepada juara Liga Perdana England, Manchester City di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Situasi itu pastinya mencetuskan kebim- bangan para peminat bola sepak tempatan.

Untuk rekod, kali terakhir Safee berjaya meledak gol ialah ketika Harimau Malaya tewas 2-3 kepada skuad kebangsaan India dalam aksi persahabatan di Stadium Salt Lake, Kolkata pada 16 November tahun lepas.

Biarpun pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal dilihat memiliki rangkaian alternatif penyerang lain seperti Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Syakir Md. Ali dan Rozaimi Abdul Rahman, peranan Safee merobek gawang lawan masih ditagih dalam misi mempertahankan Piala Suzuki AFF, November depan.

Begitupun, Rajagobal enggan menekan butang panik dan yakin Safee mampu mengakhiri kemarau gol di pentas anta- rabangsa.

"Safee akan menjaringkan gol, masanya akan tiba. Sebenarnya, dia beraksi lebih baik ketika menentang City berbanding pada pertemuan menentang Arsenal tempoh hari.

"Bagi saya, situasi Safee diibaratkan seperti penyerang Chelsea, Fernando Torres yang pernah berdepan masalah sama sebelum ini.

"Percayalah, Safee akan kembali digeru- ni selepas berjaya menjaringkan gol kelak," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan kelmarin.

Mengulas persembahan anak-anak buahnya malam kelmarin, Rajagobal mengakui, pasukannya gagal untuk menandingi corak permainan pantas pasukan bertaraf dunia seperti City.

"City berada dalam kelas yang berbeza, jadi sudah tentu ia suatu pengajaran berguna buat pemain.

"Saya sepatutnya memberi kredit kepada pemain. Dalam bulan Ramadan, bukan mudah untuk bermain tetapi kami cuba melakukan yang terbaik dan saya rasa kami berada di laluan yang betul untuk bermain dengan pasukan yang kuat seperti itu.

"Saya berpuas hati dengan kedua-dua perlawanan itu (menang City dan Arsenal). Ia adalah perlawanan yang amat baik dan pemain banyak menimba pengalaman dari- pada kedua-dua perlawanan itu," kata Rajagobal.

No comments:

Post a Comment