AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

09 August 2012

RANKING MALAYSIA - 157

Terkini (Ogos 2012)

154 - Palestin
155- Nepal
157- MALAYSIA
158 - Curacao

Asia Tenggara:
1. Vietnam (120)
2.Thailand (135)
3. Filipina (152)
4. Indonesia (156)
5. Malaysia (157)
6 Singapura (162)


 Sumber : HMETRO : 9 Ogos 2012
‘Kita makin merosot’

KURANG menyertai perlawanan antarabangsa kelas A menjadi antara sebab pasukan Malaysia kekal pada ranking ke-157 dunia.

Ranking terbaru dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menunjukkan mata dikumpul skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagobal merosot kepada 134 berbanding 130 bulan lalu.

Walaupun skuad negara terbabit dalam dua perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan Manchester City bulan lalu, ia tidak dikira dalam penilaian mata Fifa.


Senarai kedudukan terkini itu menunjukkan pasukan Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Nepal yang berada pada ranking ke-155, Palestin (154) dan Kepulauan Curacao (158).

Biarpun begitu, bagi Rajagobal dan pengurusnya, ranking Fifa tidak penting kerana ia tidak menampilkan aksi sebenar skuad negara sekalipun pendapat mereka bercanggah dengan pendirian Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sama ada ranking penting atau tidak, ia akan menjadi penanda aras kedudukan Rajagobal apabila Harimau Malaya turun mempertahankan kejuaraan Piala AFF hujung tahun ini. Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia kekal di tempat kelima di belakang Vietnam (120), Thailand (135), Filipina (152) dan Indonesia (156). Singapura, dengan ranking 162 dunia, berada di belakang Malaysia.

England, yang sebelum ini menghuni tangga keempat, merampas tempat ketiga ranking dunia daripada Uruguay selepas mengumpul 1,294 mata berbanding pasukan dari Amerika Selatan itu, 1,236 mata.

Sepanyol dan Jerman masing-masing kekal pada ranking pertama dan kedua dunia.

No comments:

Post a Comment