dayne.ghazali@utusan.com.my
Aksi Asraruddin Putra Omar dalam final bola sepak Sukan SEA 2011 menentang Indonesia yang menyaksikan Malaysia mempertahankan pingat emas. |
KUALA LUMPUR - Setelah Mohd. Nazmi Faiz menyertai kelab Portugal, SC Beira-Mar Mei lepas, kelibat pemain negara terus meraih perhatian kelab antarabangsa dengan terbaru pertahanan kiri Harimau Malaya dan Selangor, Asraruddin Putra Omar mungkin mengikut jejak Nazmi.
Asraruddin, 24, diintai dua kelab iaitu Primera Regional (Divisyen Lima Sepanyol), Internacional FC yang berpusat di Santander.
Kelab berkenaan telah menyatakan minat secara rasmi terhadap kemampuan Asraruddin kepada Selangor.
Sebuah lagi kelab yang berminat terhadap pemain itu ialah dari Liga Segunda (Divisyen Dua Portugal), OS Belenenses.