AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

06 July 2012

Mengharap NASIB..Oh Harimau Muda!!

Aduhai..kita mengharap nasib je ni...untuk skuad Harimau Muda mara ke Perlawanan Akhir Piala AFC U22 2013, bergantung pada:

  1. Bantahan Kepada AFC - Pemain Myanmar Lebih Umur
  2. Mengharap Oman dan India seri (Kumpulan A)
  3. Menunggu selesai Perlawanan Kumpulan E
Nasib leee..


Info UTUSAN:

Ini bermakna skuad Harimau Muda mempunyai tiga peluang yang amat tipis untuk turut mengiringi Korea Selatan dan Myanmar ke Piala Asia Bawah 22 tahun, pertama perlu menunggu perlawanan di antara Oman dan India dalam aksi terakhir Kumpulan A awal pagi ini.
Sekiranya kedua-dua pasukan, yang sekarang ini mengumpul tujuh mata mencatat keputusan seri, Malaysia sudah sebelah kaki menjadi pasukan ketiga terbaik untuk mengiringi juara dan naib juara ketujuh-tujuh kumpulan ke saingan akhir Piala Asia Bawah 22 tahun pada 2013.
Selepas melepasi peluang pertama ada satu lagi peluang perlu ditunggu iaitu aksi Kumpulan E melibatkan Australia, Jepun, Indonesia, Singapura, Macau dan Timor Leste. Jika pasukan tempat ketiga kumpulan ini gagal memungut mata mahupun jaringan melebihi daripada Malaysia, maka anak buah Kim Swee masih mampu ke temasya yang kali pertama diadakan itu.
Akhir sekali adalah menunggu sama ada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan mengambil tindakan ke atas tuan rumah yang dikatakan membariskan pemain melebihi had umur. Namun setakat ini belum ada kenyataan rasmi mahupun bantahan telah dibuat.

Rekod AFC peluang terakhir
KUALA LUMPUR - Malaysia berpeluang cerah untuk layak ke pusingan akhir Kejohanan Bawah 22 AFC 2013 walaupun 'dari luar padang' berdasarkan rekod sebuah kejohanan kelayakan peringkat umur Asia yang melibatkan skuad remaja negara, lima tahun lalu.
Kelayakan Kejohanan Bawah 16 AFC ketika itu pernah membatalkan kemaraan Korea Utara yang mulanya menewaskan anak buah Aminuddin Hussein 4-0 di Singapura pada 21 Oktober 2007 dan tidak mustahil tuah sebegitu akan berpihak kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee pula.
Malah, Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pernah mengesan penggunaan pemain lebih umur seterusnya menukar semula keputusan dalam Kelayakan Bawah 16 pada 2007 itu setelah melakukan ujian perubatan biologi, Imbasan Gema Magnetik (MRI) ke atas tulang pemain-pemain yang terlibat.
Situasi hampir sama ini berulang apabila Myanmar didakwa 'bermain tidak adil' dengan menurunkan pemain lebih umur dan menang 2-1 di Stadium Pusat Latihan Belia Thuwunna, Yangon, Selasa lalu, sekali gus layak ke pusingan akhir selaku naib juara Kumpulan G.
Yang penting bantahan rasmi dengan bukti kukuh, perlu dimajukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada AFC kerana jika berjaya, terdapat peruntukan peraturan pertandingan untuk mengubah keputusan perlawanan itu kepada 3-0.
Jika ini berlaku, status pasukan layak ke akhir akan menyebelahi Malaysia.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu, satu sidang media khas untuk menjawab persoalan mengenai bantahan skuad belia negara terhadap Myanmar itu, akan diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
"Perkara ini juga sudah dipersembahkan kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Timbalan Presiden FAM), semalam," katanya yang mengakui dihujani begitu banyak pertanyaan wakil media berhubung isu itu sejak kelmarin.
Kekalahan tipis itu meletakkan anak buah Kim Swee di tangga ketiga Kumpulan G dan pada masa yang sama dipintas Oman (dalam kumpulan lain) yang setakat ini muncul pasukan tempat ketiga terbaik daripada enam kumpulan tidak termasuk Kumpulan E yang saingannya bermula, semalam

No comments:

Post a Comment