AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

20 July 2012

BHARIAN - ATM Bedil Anak Didik Rajagobal

Lima hari sebelum menentang Arsenal, skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal menerima tamparan hebat apabila ‘dibedil’ Tentera 1-0 dalam aksi pemanas badan di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, malam tadi.

Gol kemenangan juara Liga Perdana itu dijaringkan Rezal Zambery Yahya pada minit ke-54, tatkala skuad kebangsaan tampak pincang tanpa kelibat Safee Sali, Ahmad Shakir Md Ali, Asraruddin Putra Omar, Yong Kuong Yong dan Khairul Fahmi Che Mat yang cedera. Kekalahan mengejut itu harus memaksa Rajagobal mencari formula terbaik dalam tempoh singkat bagi memulihkan kembali moral pasukan supaya mampu menjelmakan tentangan sengit kepada The Gunners selepas dibenamkan 4-0 dalam pertembungan tahun lalu.
“Mungkin nampak ketiadaan penyudah apabila kita beraksi tanpa dua penyerang, Safee dan Shakir yang cedera serta Norshahrul (Idlan Talaha) yang bersama Kelantan.

“Tapi masih masih pemain lain pamer hantaran dan kombinasi baik. Kita masih cari rentak dan dari sini saya dapat sedikit gambaran.

“Biasalah pasukan kelab yang bertemu skuad kebangsaan akan main lebih seratus peratus. Tapi saya yakin, apabila pemain dari Kelantan, Kedah dan Pahang kembali, kita akan memiliki barisan terbaik untuk bertemu Arsenal.

“Keputusan perlawanan ini tidak begitu penting, saya lebih risaukan kecederaan pemain termasuk Asraruddin dan Khairul Fahmi," kata Rajagobal ketika ditemui selepas perlawanan.

No comments:

Post a Comment