AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

02 July 2012

KOSMO : Perjuangan Belum Berakhir

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

FANDI (kanan) bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama pada aksi menentang Myanmar malam esok.


MISI Harimau Muda masih belum selesai di bumi Myanmar.Malam esok, skuad kendalian Ong Kim Swee bakal membuat perhitungan 'hidup dan mati' bersama tuan rumah, Myanmar dalam aksi terakhir Kumpulan G Kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) sekali gus menyambar slot automatik ke pusingan akhir tahun depan.
Tuan rumah kini berkongsi 10 mata dengan Korea Selatan sementara skuad muda negara berada di tempat ketiga dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan dan sekali tewas sebelum ini.
Meskipun Harimau Muda dilihat masih selesa apabila menduduki tempat ketiga terbaik daripada tujuh kumpulan setakat ini, Kim Swee enggan memperjudikan nasib pasukannya serta berazam mahu melakar kemenangan esok.
Mungkin, ramai yang sudah lupa pertembungan malam esok dilihat mengimbau semula skrip yang hampir sama pernah dihadapi Harimau Muda ketika aksi terakhir kumpulan pada temasya Sukan SEA di Indonesia tahun lepas yang menyaksikan pasukan negara berjaya mempertahankan pingat emas.
"Tahun lepas, kami bertemu tuan rumah (Indonesia) pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan menang 1-0.


"Jadi, saya harap kami dapat mengulanginya (malam esok) sekali gus menewaskan Myanmar di depan penyokong sendiri," kata Kim Swee kepada Kosmo! kelmarin.
Begitupun, ia bukan satu tugas yang mudah buat Harimau Muda memandangkan Myanmar yang dikendalikan Park Seong Hwa pastinya berazam melakar kejutan di depan penyokong sendiri sebaik berjaya mengikat Korea Selatan dengan seri tanpa jaringan sebelum ini.
Kredibiliti perancang Myanmar, Kyaw Zayar Win yang berjaya meledak lima gol setakat ini selain penyerang berbisa lawan, Kyaw Ko Ko juga wajib dirantai habis-habisan oleh anak-anak buah Kim Swee bagi mengelak berputih mata.
Malah, ketiadaan Shahrul Saad yang digantung perlawanan akibat layangan kad kuning juga mungkin memaksa Kim Swee meletakkan semula Fandi Othman di bahagian pertahanan tengah sementara posisi asal Fandi diisi oleh Nazirul Naim Che Hashim ataupun Ariff Farhan Md Isa.
"Buat masa ini saya masih belum membuat keputusan mengenai kesebelasan utama yang akan diturunkan.
"Pada masa sama, saya harap Mohd. Rozaimi Abdul Rahman yang muncul penjaring terbanyak dengan sembilan gol setakat ini dapat meneruskan kecemerlangannya ketika menentang Myanmar nanti," katanya.
Sebanyak 16 pasukan yang merangkumi dua pasukan terbaik daripada tujuh kumpulan akan layak ke pusingan akhir

No comments:

Post a Comment