AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

28 June 2012

SINAR - HM Perlu Waspada: Shabery

SITI ZUBAIDAH MAT ISA 27 Jun 2012
Harimau Muda perlu waspada: Shabery
Nazmi Faiz diharap mampu menjelmakan magis ketika menentang Taiwan, esok.
BERTEMU Taiwan pada aksi kedua Kumpulan G, Kelayakan Piala AFC, skuad Harimau Muda diingat agar hadir dengan satu persepsi baru dan keyakinan tinggi.

Bukan mahu menidakkan kemenangan besar 7-0 ke atas Filipina, tetapi Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, tidak mahu keghairahan ketika meraikan kejayaan itu menjadikan skuad bimbingan Ong Kim Swee terlalu yakin untuk turun menentang Taiwan, esok.

“Sudah tentu kita mahu kemenangan berterusan. Bukan setakat ketika menentang Filipina tetapi dengan pasukan lain. Semestinya kita mahu mereka meneruskan kejayaan dengan menumpaskan Taiwan pula.

“Paling penting, jangan ambil mudah walaupun siapa pun lawan kita, sentiasa berwaspada dengan setiap cabaran lawan,” katanya mengulas kejayaan cemerlang skuad bawah 22 tahun selepas tumpas 2-3 kepada Korea Selatan pada aksi pembukaan, Sabtu lalu.

Pada masa sama, Shabery turut mengingatkan skuad Harimau Muda sentiasa berwaspada terutama dengan kebangkitan pasukan tuan rumah, Myanmar.

“Korea Selatan merupakan sainganterkuat, namun pasukan negara tetap perlu berwaspada dengan kehadiran Myanmar yang memiliki program pembangunan begitu baik di samping sistem liga yang dibentuk semula.

“Bahkan ketika aksi di Sukan Sea tahun lalu, kita dapat lihat mutu permainan mereka semakin meningkat sehingga sukar ditewaskan,” katanya.

25 June 2012

KOSMO - Semua Perlawan Ibarat Final

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
LUPAKAN Korea Selatan, fokus ancaman Filipina. Itu tekad Harimau Muda yang berazam kembali bangkit menentang Filipina pada aksi kedua Kumpulan G kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) di Stadium Aung San, Yangon, Myanmar petang ini.
Duka dijinakkan Korea Selatan 2-3 dalam aksi pembuka tirai kelmarin telah dibuang jauh-jauh oleh anak-anak buah Ong Kim Swee yang pastinya ‘berselera besar’ mahu membenam cabaran Filipina.
Namun pada masa sama, Kim Swee enggan pemainnya dibuai perasaan terlampau yakin memandangkan The Azkal pastinya mahu mengubati kekecewaan setelah ‘dikerjakan’ tuan rumah, Myanmar 1-5 dalam aksi pertama mereka kelmarin.
“Saya menuntut pemain supaya menganggap kesemua perlawanan ibarat final serta berterusan mempamerkan aksi luar biasa.

24 June 2012

SINAR - Khairul Fahmi Dinobat Hero Bola Canon

Kosmo : NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
24 Jun 2012

Sinar Eurock Soccer: Khairul Fahmi dinobat Hero Bola Canon
Pilih hero terbaik Sinar Eurock Soccer Canon!
SHAH ALAM - Melihat pada sambutan amat menggalakkan Kumpulan Media Karangkraf mahu menjadikan Karnival Sinar Eurock Soccer sebagai acara tahunan untuk terus mempopularkan Sinar Harian sebagai akhbar pilihan ramai.

Sementara itu, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang dinobatkan sebagai pemenang anugerah Hero Bola Canon menyambut baik usaha yang diambil Sinar Harian dan menyifatkan Karnival Sinar Eurock Soccer sebagai satu pendedahan kepada golongan muda. "Dengan adanya karnival seperti ini, saya yakin ia sedikit sebanyak mampu mencungkil bakat golongan muda yang meminati sukan bola sepak.

22 June 2012

UTUSAN - Kim Swee Harap Tuah Aksi Pertama

Skuad negara berlepas ke Myanmar untuk menyertai Kelayakan Piala AFC Bawah 22 di KLIA, Sepang, semalam.
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


KUALA LUMPUR - Berdepan pasukan pilihan utama, Korea Selatan dan terpaksa beraksi pada waktu 3.15 petang, mungkin bukan satu situasi yang pasti dimahukan oleh mana-mana jurulatih.

Namun, itulah cabaran sulung yang terpaksa dihadapi oleh jurulatih negara, Ong Kim Swee bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun dan perlu melalui tiga lagi baki perlawanan di sebelah petang sebelum menutup tirai bertemu tuan rumah, Myanmar sebelah malam.

Tidak mahu melihat dua faktor boleh mengganggu fokusnya, Kim Swee tetap berasakan ada sesuatu yang positif di sebalik apa yang terjadi dan yakin segala perancangan akan menjadi.

20 June 2012

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala AFC U22 2013

KEPUTUSAN TERKINI:

Berikut keputusan dan kedudukan terkini skuad Harimau Muda di Kelayakan Piala AFC 2013 bagi Kumpulan G. Perlawanan berlangsung di Myanmar (23 Jun - 3 Julai 2012).  Hanya dua pasukan teratas layak ke pusingan akhir dan satu slot diberikan kepada pasukan ketiga terbaik daripada tujuh kumpulan. Bersama menyokong dan terus mengaum!!

  1. *GAME 1 : 23 June 2012 - Malaysia (2) vs Korea Selatan (3) - Kalah
  2.  GAME 2 : 25 June 2012 - Malaysia (7) vs Filipina (7) - Menang
  3.  GAME 3 : 28 June 2012 - Malaysia (4) vs Taiwan (2) - Menang
  4.  GAME 4 : 30 June 2012 - Malaysia (3) vs Vietnam (0) -Menang
  5. *GAME 5 : 03 July  2012 - Malaysia (1) vs Myanmar (2) - Kalah
# Semua perlawanan berlangsung jam 4.45 ptg, kecuali perlawanan terakhir jam 7.45 mlm (waktu Malaysia).
* Siaralan Langsung @ Astro Arena 801 bagi perlawanan dengan Korea (23 Jun) dan Myanmar (3 Julai)
No
KUMPULAN G
MP
W
D
L
P
1
MYANMAR
5
4
1
0
13
2
KOREA SLTN
5
4
1
0
13
3
MALAYSIA
5
3
0
1
9
4
TAIWAN
5
1
0
2
3
5
 VIETNAM
5
1
0
2
3
6
FILIPINA
5
0
0
5
0
Berita Berkaitan:



AFC 2013 -Senarai Pemain HM U22 ke Myanmar

Senarai Pemain HM U22 ke Myanmar:
Mohd Farhan Abu Bakar, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Nazmi Faiz Mansor, D. Saarvindran, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Irfan Fazail (kapten), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu, Shahrul Mohd Saad, Gary Steven Robbat, Nazirul Naim Che Hashim, Mohammad Amer Saidin, Mohamad Fandi Othman, Syahrul Azwari Ibrahim, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Azzizan Nordin, Muhamad Ilham Amirullah Razali, Ashri Chuchu, Mohd Rozaimi Abdul Rahman, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Mohd Aminuddin Mohd Noor, Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa, Wan Zack Haikal Wan Mohd Noor. - Bernama

Ong Kim Swee

Sumber:
SINAR - Piala AFC 2013 - 4 Pemain B22 Digugur
EMPAT pemain skuad bawah 22 tahun (B-22) negara terpaksa digugurkan daripada beraksi pada Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala AFC 2013 di Myanmar, yang bermula 23 Julai ini ekoran masalah kecederaan yang belum pulih.
Ketua jurulatih skuad B-22 negara Ong Kim Swee berkata, mereka ialah Mohamad Zuber Mohamad Azmi, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris, Muhammad Syazwan Tajuddin dan Mohamad Raphi Azizan Mariappen.

19 June 2012

KOSMO - Irfan Laung Amaran Awal

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SKUAD Harimau Muda melaungkan amaran awal menjelang aksi Kumpulan G pada kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun (B-22) yang bakal membuka tirainya di Yangon, Myanmar, Khamis ini.
Harimau Muda yang dibimbing Ong Kim Swee semakin mempamerkan corak permainan yang matang selepas membenam cabaran gergasi Asia Timur, Qatar 2-0 dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam kelmarin.
Kapten Harimau Muda, Mohd. Irfan Fazail berkata, meskipun diundi dengan pasukan yang kuat seperti Korea Selatan, dia tetap yakin dengan kredi- biliti Kim Swee dalam menterjemahkan formula terbaik untuk mara lebih jauh dalam kejohanan tersebut.
“Moral rakan-rakan sepasukan juga berada dalam keadaan terbaik, dan saya sifatkan kemenangan ke atas Qatar ini sebagai penyuntik semangat serta amaran awal kepada mana-mana pasukan.