AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

11 July 2013

SINAR :Harimau Muda A mara suku akhir

Kim Swee masih menaruh keyakinan kepada anak buahnya sepanjang tempoh perguruan di Eropah.
SKUAD Harimau Muda A berjaya mara ke suku akhir temasya Sukan Universiti Dunia ke-27 (Universiade 2013) setelah Itali hanya mencatat kemenangan 1-0 kepada Britain dalam perlawanan ketiga Kumpulan C malam tadi.

Keputusan itu membolehkan pasukan bimbingan Ong Kim Swee muncul naib juara kumpulan C di belakang Britain selepas mempunyai kelebihan jaringan gol bagi mengiringi pasukan itu ke suku akhir.

Ketiga-tiga pasukan terikat dengan tiga mata namun perbezaan jaringan membezakan mereka. Malaysia sebelum ini memulakan saingan dengan baik apabila menewaskan Itali 2-0 sebelum tunduk 0-2 kepada Great Britain pada aksi kedua.

Bagaimanapun, Malaysia menang percuma pada jadual perlawanan ketiga hari ini dengan ketiadaan Algeria.  Pada perlawanan suku akhir Jumaat ini, Malaysia akan berdepan dengan juara bertahan Jepun di Stadium Trudovye Rezervy di sini pada pukul 5 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).

09 July 2013

SINAR - Harimau Muda A tewas 0-2 kepada Great Britain

 8 Julai 2013

KAZAN, (Rusia) - Pasukan Harimau Muda A tewas kepada Great Britain 0-2 pada perlawanan kedua peringkat kumpulan di Stadium Olymp, Kazan hari ini.

Sebelum ini, mereka mencatat kemenangan mengejut ke atas Itali 2-0 pada saingan peringkat kumpulan C, Jumaat lepas.

Pada perlawanan itu, skuad bimbingan Ong Kim Swee ketinggalan satu gol apabila James Philip Aldred membolosi gawang Malaysia pada minit ke-18 selepas menyudahkan hantaran rakan sepasukannya, Sammy Andrew Macvicar.

Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan negara terus diasak dengan gol kedua menerusi Alex James Dyer pada minit ke-48.

08 July 2013

UTUSAN : Harimau Muda lakar kejutan benam Itali 2-0



KAZAN, Rusia - Harimau Muda A membuat kejutan apabila meraih kemenangan pertama menundukkan Itali 2-0 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) ke-27, di sini, kelmarin.

Walaupun Itali dibarisi tujuh pemain yang beraksi pada kejohanan Euro Bawah 21 tahun di Israel baru-baru ini, ia tidak menggentarkan semangat pemain Harimau Muda yang berjaya memecahkan kebuntuan gol melalui A.Thamil Arasu pada minit ke-20 selepas bijak melepasi dua pemain pertahanan lawan sebelum meledak masuk bagi meletakkan Malaysia di hadapan.

Pada babak kedua perlawanan, lima pemain negara dilayangkan kad kuning, yang menambah ketegangan kedua-dua pasukan sehingga kad merah pertama dilayang kepada pemain Itali, Andrea Settembrini kerana mengasari pemain negara D. Saarvindran pada minit ke-67.

18 June 2013

SINAR - Harimau Muda A alami kekalahan kali ke-8

 17 Jun 2013 
Harimau Muda

KUALA LUMPUR - Kemarau kemenangan kembali menghantui skuad Harimau Muda A pada siri Jelajah Eropah apabila mereka kalah 5-1 kepada kelab liga Slovakia, MFK Ružomberok, pada perlawanan persahabatan di Slovakia, semalam.

Ia merupakan kekalahan kelapan daripada 11 perlawanan yang diharungi oleh skuad berkenaan yang berkampung selama lima bulan di Slovakia sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember ini.

10 June 2013

METRO - Siapa pilih Australia?




 Kuala Lumpur: “Bukan soal menang atau kalah, tapi siapa sebenarnya yang ada kaitan dalam FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) menguruskan latihan dan perlawanan persahabatan ke Australia.

“Apakah ada individu atau pihak tertentu yang mendapat keuntungan daripada program itu?” Demikian kenyataan wakil bagi kumpulan yang meng gelarkan diri mereka Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ) Alfadli Awaludin percaya ada individu meraih habuan dalam mengatur perlawanan ke Australia sehingga menyaksikan anak buah Datuk K Rajagobal dimalukan kelab yang diwakili pemain sambilan, Canberra FC pada perlawanan persahabatan baru-baru ini.

07 June 2013

KOSMO - Harimau Malaya tewas di Australia



PENYERANG Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) diasak pemain Canberra FC pada perlawanan persahabatan di Stadium Deakin, Canberra, Australia semalam.




SKUAD Harimau Malaya bermula langkah sumbang untuk aksi perlawanan persahabatan pertama selepas tewas tipis 2-3 kepada kelab Australia, Canberra FC di Stadium Deakin semalam.
Beraksi di babak pertama perlawanan, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain Alex Oloriegbe pada minit ke-28.
Skuad kendalian Datuk K. Rajagobal kembali mengatur serangan namun pasukan berstatus kelab divisyen dua Australia itu sekali lagi menghukum kerapuhan benteng pertahanan skuad bola sepak negara dengan meledak gol kedua menerusi Ryan Keir pada minit ke-34.
Bersambung separuh masa kedua, percaturan Rajagobal bertindak mengeluarkan 10 pemain yang beraksi di babak pertama perlawanan dan mengekalkan Mohd. Aidil Zafuan Adha Abd. Radzak, memasukkan Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan Safee Sali memberikan impak kepada corak permainan Harimau Malaya.

04 June 2013

KOSMO_Rajagobal enggan mengaku kalah

SKUAD Harimau Malaya berangkat ke Australia semalam untuk memulakan latihan pendedahan di negara kanggaru itu.
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal enggan 'mengibarkan bendera putih', malah optimis anak-anak buahnya masih mampu menyambar slot ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia nanti.

Ketika ini, skuad negara menduduki tempat ketiga Kumpulan D selepas tumpas 0-2 kepada Qatar (6 Februari) sebelum kembali bangkit menumpaskan Yemen 2-1 di laman sendiri pada 22 Mac lalu.

"Atas kertas, skuad negara merupakan pasukan terbaik Asia Tenggara (dalam kempen kelayakan Piala Asia) setakat ini apabila berjaya mengutip tiga mata.

"Sebab itu saya mahu berdepan pasukan yang kuat di Australia sebagai persiapan skuad kebangsaan.

"Jadi, saya ada masa membentuk pasukan sebelum berdepan Bahrain pada Oktober depan," kata Rajagobal baru-baru ini.

Malam tadi, skuad negara telah berlepas ke Australia sebagai persiapan awal mengharungi baki aksi kelayakan Piala Asia dan hanya kembali ke tanah air pada 15 Jun ini.