AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

12 June 2012

PERSAHABATAN - Malaysia vs Singapore


HARIMAU MALAYA
KEPUTUSAN TERKINI

8 JUN 2012
SINGAPORE (2)  vs MALAYSIA (2)

12 JUN 2012
MALAYSIA (2) vs SINGAPORE  (0)

Harimau Malaya tunai janji

Ahmad Shakir Ali (tengah) melakukan percubaan ke arah gawang Singapura pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari
 SHAH ALAM - Harimau Malaya mengotakan janji apabila melakar kemenangan pertama selepas lapan tahun ke atas musuh tradisi, Singapura 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam semalam.
Di hadapan 25,000 penonton, jaringan penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Ali pada minit ke-18 dan Safiq Rahim pada minit ke-62 meleburkan badi sejak 2004, di mana Malaysia gagal mengalahkan Singapura dalam 10 perlawanan terakhir.
Kali terakhir Malaysia menumpaskan Singapura ialah pada perlawanan persahabatan di Stadium Cheras juga dengan jaringan 2-0 ketika skuad negara dibimbing Allan Harris.
Kemenangan semalam turut menebus kehampaan Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan pertama 8 Jun lalu di Stadium Jalan Besar, Singapura yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2.

07 June 2012

MALAYSIA vs MANCHESTER CITY - 30 Julai 2012

Skuad Harimau Malaya akan menerima kunjungan Manchester City bagi perlawanan persahabatan pada 30 Julai 2012 ini di Bukit Jalil (9.45 mlm).
Berita lanjut :

Kosmo 7 Jun 2012 : Kompany hormati Harimau Malaya

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my



KOMPANY (dua dari kanan) bersama Julian Kam (kanan), Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (kiri) dan Pengarah Urusan ProEvents International Sdn. Bhd., San Boon Wah menunjukkan replika tiket perlawanan antara Manchester City dan Malaysia di Wisma FAM semalam.

“SAYA tidak banyak tahu tentang (skuad kebangsaan) Malaysia tetapi bagi saya, lebih baik kita menilai sesebuah pasukan itu selepas perlawanan dan bukan sebelumnya.”
Demikian pendapat kapten Manchester City, Vincent Kompany ketika ditanya mengenai skuad Harimau Malaya menjelang pertemuan persahabatan antara kedua-dua pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 30 Julai depan.
Menurut Kompany, aksi persahabatan tersebut merupakan sebagai tanda penghargaan juara baharu Liga Perdana England itu terhadap sokongan dan sambutan mesra peminat bola sepak Malaysia terhadap mereka.
“Malaysia sebuah negara yang cantik, peminat bola sepaknya juga penuh dengan keterujaan dan ia sungguh mengejutkan saya.
“Perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur itu nanti merupakan antara persiapan kami dalam misi mempertahankan kejuaraan liga dan memenangi trofi-trofi lain musim depan,” jelas Kompany pada sidang akhbar Pelancaran Tiket Perlawanan Manchester City dan Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

06 June 2012

KOSMO - Harimau Malaya Waspada


PEMAIN negara perlu melupakan kekecewaan ketika aksi menentang Filipina minggu lalu sebaliknya kembali fokus untuk tampil lebih garang menghadapi Singapura, Jumaat ini.

LUPAKAN Filipina, waspada ancaman Singapura. Demikian mesej pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal kepada pemain Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan menentang skuad republik itu di Stadium Jalan Besar, Jumaat ini.
Menurut beliau, kekecewaan sekadar seri tanpa jaringan dengan skuad The Azkal di Stadium Shah Alam minggu lepas harus segera dibuang jauh- jauh oleh setiap pemain.
Sebaliknya kata beliau, semangat untuk menang wajib dituntut daripada setiap pemain Harimau Malaya supaya tidak berputih mata Jumaat ini.

05 June 2012

SINAR - Tips Bellamy Buat Nazmi Faiz

Wartawan Sinar Harian
4 Jun 2012                   
 Craig Bellamy
Pemain Liverpool dan pemain antarabangsa Wales, Craig Bellamy ketika
ditemuramah mengenai pemain bola sepak negara, Nazmi Faiz.
KEJAYAAN wonderkid Malaysia, Nazmi Faiz Mansor mengikat kontrak bersama kelab Divisyen Satu Portugal, SC Beira-Mar bukan sahaja membuka mata pemerhati di Asia, malah turut menarik perhatian Craig Bellamy.

Ketika kunjungannya ke Singapura, bintang Liverpool itu sempat memberikan nasihat kepada pemain Harimau Muda berusia 17 tahun itu dalam temu bualnya bersama ESPNSTAR.com di sana. “Jangan mudah berputus asa dan cuba sedaya upaya untuk sering meningkatkan diri. Hargai dan sentiasa mengingati rakan-rakan, ahli keluarga serta cuba sedaya upaya dan buat apa yang termampu kerana ia hanyalah satu permainan.

“Sekiranya dia (Nazmi) kembali ke Malaysia kerana tidak dapat terus kekal di sana, jangan fikir yang dia telah gagal. Sebaliknya dia harus berpuas hati dan menikmati setiap detik di Portugal dan ia pastinya satu penghormatan yang amat tinggi kerana dapat bermain di sana," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nazmi akan beraksi buat kali terakhir di Malaysia pada perlawanan persahabatan menentang skuad B-22 Timor Leste 17 Jun nanti di Wisma FAM, Kelana Jaya.Selepas itu, Nazmi bakal meneruskan aksi kompetitifnya bersama Skuad Harimau Muda di Myanmar dalam saingan kelayakan Piala AFC B-22 bermula 21 Jun hingga 4 Julai sebelum memulakan latihan bersama Beira-Mar Ogos nanti.

01 June 2012

KOSMO - Misi Perangkap Filipina

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI





RAJAGOBAL (kanan) bersalaman dengan Weiss pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.



JURULATIH Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal optimis skuad kendaliannya mampu melakar kemenangan ketika menentang Filipina pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam ini.
Rajagobal mula mendapat keyakinan selepas beliau berjaya 'menghidu' dan mengenal pasti beberapa kelemahan barisan kendalian Hans Michael Weiss itu.
"Saya telah mengenal pasti beberapa kelemahan Filipina. (Kelemahan tersebut) kita akan lihat (pada aksi perlawanan) esok (malam ini).

METRO - Aksi Mantap (Harimau Muda)

Daripada Aziman Rosdi di Budapest, Hungary
aziman@hmetro.com.my

BUKAN mengejutkan apabila sebahagian 200 penyokong kelab Hungary, Honved Budapest bersorak melihat aksi pemain skuad Bawah 22 Tahun negara, kelmarin.

Mereka nyata terhibur apabila pemain muda negara memberikan tentangan sengit kepada barisan utama Honved hingga berjaya meraih keputusan seri 0-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bozsik, Budapest. Malah ada di antara mereka menunjukkan isyarat bagus kepada pegawai skuad negara yang duduk di bangku penonton sejurus tamat perlawanan.

Turut sama memberi pujian kepada anak buah Ong Kim Swee adalah pemain import dari Croatia, Boris Bjelkanovic yang beraksi buat kali kedua menentang skuad negara selepas menang 4-1 pada perlawanan persahabatan tahun lalu.

“Kami sudah jangkakan perlawanan berkualiti. Kami mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol, begitu juga dengan Malaysia. Mereka bermain dengan pantas. “Saya masih ingat ketika menentang pasukan ini pada musim panas lalu, kami menang 4-1. Saya fikir Malaysia semakin meningkat dan tidak mengejutkan apabila mereka memberi tentangan kepada kami hari ini (kelmarin),” katanya yang ditemui selepas tamat perlawanan.

Perlawanan menentang Honved, skuad kendalian Attila Supka yang menamatkan kempen liga di tangga keempat musim ini adalah aksi terakhir dalam jelajah skuad B-22 di Budapest yang kembali ke Vion, Slovakia, semalam. Sebelum itu, mereka tewas 0-5 kepada Ferencvaros TC dan seri 2-2 menentang pasukan pilihan Brazil.

Bjelkanovic, 27, yang mempunyai pengalaman bermain di Croatia dan Slovenia berpendapat beberapa pemain muda negara boleh beraksi di luar negara jika terus diberikan pendedahan.“Jika pemain muda anda diberikan pendedahan, mereka boleh bermain di peringkat lebih tinggi, ini berdasarkan pengalaman saya bermain di Eropah,” katanya.

PERSAHABATAN - MALAYSIA vs FILIPNA

Perlawanan Persahabatan antara Harimau Malaya dengan skuad bola sepak Filipina @ 1 Jun 2012 (Jumaat) .
Merupakan perlawanan persahabatan timbalbalik antara dua negara di mana pada 29 Februari lalu keputusan adalah 1-1 dimana perlawanan berlangsung di Manila.

Skuad Harimau Malaya kali ini adalah yg terbaik dan jelmaan skuad AFF Cup 2012. Semoga keputusan terbaik diperolehi..mengaum!!!

HARIMAU MALAYA
KEPUTUSAN TERKINI (akan diupdate)

MALAYSIA (0) vs FILIPINA  (0)
                
Berita Semasa:
Sinar Harian:
Perlawanan persahabatan: Malaysia (0) Filipina (0)
Separuh masa pertama: Malaysia dan Filipina seri
 
PERLAWANAN persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Filipina di Stadium Shah Alam malam ini berakhir dengan keputusan tanpa jaringan. Beraksi di babak pertama, kedua-dua pasukan menampilkan permainan seimbang dan mengasak ke kubu lawan masing-masing dihadapan 20,000 penyokong di Stadium Shah Alam.

Begitupun, pada minit kedua permainan, pemain sayap, Shahurain Abu Samah hampir mengejutkan Filipina apabila tandukannya melepasi palang gol hasil sepakan percuma oleh kapten, Safiq Rahim.
Percubaan bahaya diteruskan oleh penyerang sensasi Pelita Jaya, Safee Sali merembat leret bola ke arah gawang pasukan lawan tetapi tersasar pada minit ketujuh permainan.
Tersentak dengan serangan Harimau Malaya, pasukan Filipina mengatur serangan namun berjaya dikawal penjaga gawang negara, Farizal Marlias.