AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

27 March 2013

HARIMAU MIUDA - Di Pancing Kelab Australia


MyMetro :Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Pemain muda negara nampaknya kini semakin ‘laris’ di pasaran luar negara. Selepas Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim berjaya mengikat kontrak dengan kelab Liga Divisyen Tiga Jepun FC Ryukyu, dua lagi pemain Harimau Muda A berpeluang mengikut jejak langkah mereka.

Namun kali ini destinasinya bukan ke Jepun sebaliknya ke Australia.

 Dua pemain itu, kapten dan pemain perancang tengah Mohd Irfan Fazail dan penyerang Rozaimi Abd Rahman yang kini mendapat perhatian salah sebuah pasukan elit Liga Australia.

PERSAHABATAN : MALAYSIA vs PALESTIN

Perlawanan Amal - 26 Mac 2013

MALAYSIA (0) vs (2) PALESTIN


Foto Menarik
SKUAD Harimau Malaya tewas 2-0, di tangan Palestin pada perlawanan amal antarabangsa di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. Gol Palestin dijaringkan Khaled Salem (m39), Ashraf Alfawaghra (m90). Sumber MyMetro

26 March 2013

KOSMO : Malaysia Janji Aksi Terbaik

RAJAGOBAL (kanan) bersalaman dengan rakan sejawatnya dari Palestin, Jamal Mahmoud selepas selesai sidang akhbar di Kuantan semalam.
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my
WALAUPUN sekadar perlawanan amal, Harimau Malaya akan tetap tampil dengan aksi terbaik pada perlawanan menentang Palestin di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal menjelaskan, mereka tetap memandang serius perlawanan tersebut meskipun skuad kendaliannya akan turun tanpa beberapa tonggak utama.

Menurutnya, beliau telah mengingatkan para pemain yang akan beraksi pada malam ini supaya terus berusaha memberi aksi terbaik walaupun perlawanan itu diadakan atas tujuan amal.

KOSMO : OKS Puji Aksi Harimau Muda

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
IZZAQ menjaringkan gol penyamaan Harimau Muda pada aksi menentang skuad B-19 Slovakia di Vion, Sabtu lalu.

KEMATANGAN skuad Harimau Muda ketika mengikat skuad bawah 19 tahun (B-19) Slovakia dengan keputusan seri 1-1 di Vion, Sabtu lalu mengundang pujian jurulatih, Ong Kim Swee.

Biarpun ‘berguru’ di pentas Eropah tanpa kehadiran beberapa pemain utama seperti Nazirul Naim Che Hashim dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang berlepas ke Jepun menyertai FC Ryukyu malam tadi, Kim Swee menganggap keputusan seri itu cukup berbaloi.

“Keputusan seri membuktikan pemain Harimau Muda mampu bersaing walaupun tanpa beberapa tonggak utama.

“Namun, corak permainan konsisten perlu dikekalkan selepas ini kerana ia antara elemen yang penting bagi Harimau Muda menimba pengalaman di Eropah.

18 March 2013

PERSAHABATAN : MALAYSIA vs ARAB SAUDI

MALAYSIA (1) vs (4) ARAB SAUDI
 
Sumber : Sinar
Persahabatan: Harimau Malaya kalah 1-4
Noor Hafiza Che Abdullah
17 Mac 2013

SKUAD kebangsaan terus dirundum malang dalam pentas perlawanan antarabangsa apabila tewas buat kali ketiga - kali ini kecundang 1-4 kepada Arab Saudi dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam ini.

Sebelum ini, Malaysia tewas 0-3 kepada Iraq dan tunduk 0-2 kepada Qatar.

Kekalahan ini membuatkan harapan Harimau Malaya dalam perlawanan kedua Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen minggu depan nyata membimbangkan.

Dalam perlawanan itu, pasukan pelawat tidak menunggu lama apabila Yousef Alsalem mudah menewaskan penjaga gol Malaysia, Mohd Khairul Fahmi Che Mat untuk gol pertama pada minit ketujuh.

Susulan gol awal Arab Saudi, Malaysia melakukan percubaan menerusi Amri Yahya. Sepakan Amri melencong ke kiri tiang gol.

Kealpaan barisan pertahanan Malaysia sekali lagi dihukum apabila Arab Saudi mudah memperoleh gol kedua menerusi Yahya Alshehri pada minit ke-30.

06 March 2013

UTUSAN : Piya Akhirnya Disenarai




KUALA LUMPUR - Setelah dipersoalkan sekian lama, akhirnya jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal, membuat kejutan apabila menyenaraikan ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi (gambar) dalam 27 pemain yang dipanggil bagi menyertai latihan skuad kebangsaan bagi berdepan Yemen pada perlawanan kedua kelayakan Piala Asia 2015, 22 Mac ini.

Selain Yemen, Badhri juga berpeluang membantu Harimau Malaya dalam dua lagi perlawanan iaitu berdepan Arab Saudi dalam aksi persahabatan, 17 Mac serta perlawanan amal menentang Palestin di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 26 Mac.

Badhri yang sudah berumur 30 tahun masih belum pernah meraih sebarang cap bersama pasukan kebangsaan melainkan pernah diturunkan dalam Pilihan Malaysia ketika dibimbing Ong Kim Swee menentang Chelsea pada tahun 2011.