AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

26 March 2013

KOSMO : Malaysia Janji Aksi Terbaik

RAJAGOBAL (kanan) bersalaman dengan rakan sejawatnya dari Palestin, Jamal Mahmoud selepas selesai sidang akhbar di Kuantan semalam.
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my
WALAUPUN sekadar perlawanan amal, Harimau Malaya akan tetap tampil dengan aksi terbaik pada perlawanan menentang Palestin di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal menjelaskan, mereka tetap memandang serius perlawanan tersebut meskipun skuad kendaliannya akan turun tanpa beberapa tonggak utama.

Menurutnya, beliau telah mengingatkan para pemain yang akan beraksi pada malam ini supaya terus berusaha memberi aksi terbaik walaupun perlawanan itu diadakan atas tujuan amal.

“Saya beritahu pemain bahawa semua perlawanan yang disertai amat penting, termasuk perlawanan amal ini kerana ia dianggap sebagai medan terbaik untuk memperbaiki mutu permainan.

“Kita juga akui, pasukan Palestin mempunyai kekuatan tersendiri dan kita akan memberi tentangan yang sengit walaupun ia hanya perlawanan amal.

“Ketiadaan beberapa pemain utama pula bukan bermakna kita tidak akan memberi persembahan terbaik dalam perlawanan ini,” kata Rajagobal.

Mengulas ketiadaan beberapa tonggak dalam perlawanan tersebut, Rajagobal memberitahu bahawa sebahagian daripada pemain Harimau Malaya terlibat dengan aksi Piala FA bersama pasukan masing-masing.

Pemain yang terlibat ialah Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Helmi Reneli, Mohd. Shakir Shari dan Mohd. Badhri Radzi.

Selain itu, Rajagobal menambah, pemain sayap kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Noor juga tidak dapat beraksi kerana sudah berangkat ke Jepun.

“Penyerang kita, Norshahrul Idlan Talaha juga tidak dapat bersama pasukan kerana mempunyai komitmen keluarga.

“Ketiadaan beberapa pemain utama ini tidak menghalang skuad kebangsaan untuk meneruskan momentum cemerlang selepas kejayaan menewaskan Yemen 2-1 pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 minggu lalu,” ujarnya pada sidang akhbar di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang semalam.

Hadir pada sidang akhbar tersebut ialah Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Azzuddin Ahmad.

Mengulas mengenai penganjuran perlawanan amal tersebut, Aizuddin pula berkata, ia diadakan bagi mengisi Tabung Perwira Lahad Datu serta Tabung Palestin.

“Para peminat bola sepak yang ingin menyaksikan perlawanan malam esok (malam ini) boleh mendapatkan tiket berharga RM20 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak dan boleh didapati di kaunter Stadium Darul Makmur.

“Selain tujuan amal, ia juga menjadi peluang buat para pemain kebangsaan untuk memperbaiki kelemahan masing-masing,” ujar beliau.

Sementara itu, ketua jurulatih Palestin, Jamal Mahmoud semasa sidang akhbar yang sama pula berkata, para pemainnya berasa gembira untuk beraksi menentang skuad Harimau Malaya.

“Kita mengikuti perkembangan serta mengetahui kekuatan pasukan Malaysia dan kami akan cuba untuk mencari kemenangan malam esok (malam ini).

“Pasukan Palestin juga akan turun tanpa beberapa tonggak utama kerana mereka diberi rehat selepas menyertai liga di Maldives,” katanya

No comments:

Post a Comment