MALAYSIA (1) vs (4) ARAB SAUDI
Sumber : Sinar
Persahabatan: Harimau Malaya kalah 1-4
Noor Hafiza Che Abdullah
17 Mac 2013
SKUAD kebangsaan terus dirundum malang dalam pentas perlawanan antarabangsa apabila tewas buat kali ketiga - kali ini kecundang 1-4 kepada Arab Saudi dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam ini.
Sebelum ini, Malaysia tewas 0-3 kepada Iraq dan tunduk 0-2 kepada Qatar.
Kekalahan ini membuatkan harapan Harimau Malaya dalam perlawanan kedua Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen minggu depan nyata membimbangkan.
Dalam perlawanan itu, pasukan pelawat tidak menunggu lama apabila Yousef Alsalem mudah menewaskan penjaga gol Malaysia, Mohd Khairul Fahmi Che Mat untuk gol pertama pada minit ketujuh.
Susulan gol awal Arab Saudi, Malaysia melakukan percubaan menerusi Amri Yahya. Sepakan Amri melencong ke kiri tiang gol.
Kealpaan barisan pertahanan Malaysia sekali lagi dihukum apabila Arab Saudi mudah memperoleh gol kedua menerusi Yahya Alshehri pada minit ke-30.

Ekoran dua gol itu, Datuk K.Rajagobal melakukan pertukaran pemain dengan memasukan Zubir Azmi menggantikan Asraruddin.
Selepas itu, Harimau Malaya mempunyai peluang untuk merapatkan jurang apabila sepakan percuma Piya minit 45 hampir-hampir menjaringkan gol, begitu pun percubaan itu tinggi melepasi dari tiang.
Bermula babak kedua, barisan Malaysia mula menemui rentak apabila rembatan kencang Ashari Samsudin hampir membolosi gawang namun tendangan itu hanya melambung tinggi.
Penantian Malaysia mencari gol pertama akhirnya terlerai apabila Safiq Rahim melepaskan tendangan deras menewaskan penjaga gol Arab Saudi, Waled Abdullah menerusi hantaran lintang Abdul Manaf Mamat pada minit ke-70.
Jaringan pertama Malaysia nyata menyuntik pemain Harimau Malaya untuk mencari gol kedua, tetapi pertahanan utuh oleh barisan pemain Arab Saudi menghalang anak bimbingan Rajagobal terus membolosi gawang pelawat.
Sisa-sisa kebangkitan Harimau Malaya terus berakhir apabila Naif Hazazi meledak gol ketiga pelawat hasil hantaran Hussien Almegahwi pada minit ke-84 sebelum Hamdan Alhamdan menutup perlawanan dengan menjaringkan gol keempat pada minit ke-93.
No comments:
Post a Comment