AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

28 February 2013

BHARIAN : Sengaja Persia Peluang

Kuala Lumpur: Jurulatih skuad Bawah 23 Tahun negara (B-23), Ong Kim Swee melahirkan rasa tidak puas hati terhadap prestasi anak buahnya selepas mensia-siakan peluang melakar kemenangan apabila membenarkan Laos bangkit mengikat kedudukan 3-3 pada aksi persahabatan di Vientiane, kelmarin.

Selepas mendahului 3-1, skuad muda negara melakukan kesilapan hingga memberi ruang kepada Laos yang dibarisi pemain senior menyumbat dua gol dalam tempoh lima minit terakhir. Biarpun mengaku prestasi pemain lebih baik berbanding ketika seri dengan Myanmar 0-0 dalam satu lagi aksi persahabatan minggu lalu, Kim Swee nyata kurang senang dengan keputusan diraih di Vientiane kali ini.

“Kita bermain lebih baik berbanding menentang Myanmar tapi selepas mendahului 3-1, kita gagal mengawal keadaan hingga dibolosi dua gol dalam lima minit terakhir menerusi sepakan penalti dan kesilapan pemain mengeluarkan bola.

“Saya mahu semua pemain khususnya pemain baru lebih matang apabila berada dalam tekanan. Saya memang belum puas hati dengan prestasi keseluruhan pasukan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro di Vientiane semalam. Pada perlawanan itu, gol skuad negara disumbang A Thamil Arasu, Rozaimi Abd Rahman dan Muhammad Nurridzuan Abu Hassan.



ROZAIMI (kiri) berjaya jaring satu gol.

15 February 2013

BHARIAN - Malaysia Jatuh Ranking Lagi

Kuala Lumpur: Berikutan kekalahan 0-2 kepada Qatar pada perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Asia 2015, Rabu lalu menyebabkan pasukan Malaysia jatuh satu anak tangga dalam ranking bola sepak dunia. 

 Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam, skuad kebangsaan bimbingan Datuk K Rajagobal itu turun ke kedudukan ke-159 dunia berbanding 158 pada bulan lalu.

Senarai kedudukan terkini itu menunjukkan skuad Harimau Malaya setanding beberapa pasukan yang diketahui umum mempunyai kekurangan infrastruktur dalam sukan bola sepak seperti Palestin yang berada pada ranking ke-153, Hong Kong (156), Bermuda (157) dan Maldives yang berkongsi kedudukan dengan skuad negara.
Di peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-26 daripada 46 negara

08 February 2013

SINAR - Kami Masih Terbaik

Pemain Qatar, Abdelkarim Hassan (kanan) cuba merampas kawalan bola daripada Azammuddin Mohd Akil (kiri).
TUMPAS 0-2 kepada Qatar pada perlawanan pertama Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Jassim Bin Hamad, Doha, skuad Datuk K Rajagopal cuma tidak bernasib baik.

Namun, bagi Rajagobal, mereka sudah lakukan yang terbaik, bagaimanapun Qatar lebih bertuah berjaya memanfaatkan peluang dihadapan penyokong sendiri untuk menafikan cabaran Harimau Malaya.

“Kami bermain dengan baik dan berjaya mengikat kedudukan 0-0 sehingga tamat babak pertama. Jika kita lihat aksi malam ini (kelmarin) banyak peluang dicipta dan kami hampir menjaringkan gol, cuma tuah tidak bersama kami untuk mencipta jaringan.

06 February 2013

KELAYAKAN PIALA ASIA : MALAYSIA vs QATAR





 


KEPUTUSAN:
Kelayakan Pialan Asia 2015, Harimau Malaya akan bertemu tuan rumah, Qatar pada malam ini (6 Feb 2013) jam 11.30 mlm waktu Malaysia. Teruskan perjuangan!!!
 
QATAR (2)  vs (0) MALAYSIA
 
Sumber Akhbar: Kosmo
Harimau Malaya elak malu besar

SKUAD Harimau Malaya turun dengan misi melakar kejutan ketika berdepan Qatar pada aksi pembuka tirai Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Doha malam ini.

ATAS kertas, keupayaan skuad Harimau Malaya dan Qatar boleh diibaratkan sebagai ‘langit dan bumi’.
Berdasarkan ranking terkini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu, skuad Asia Timur itu kini menduduki tangga ke-106 dunia, jauh meninggalkan Malaysia (158).
Biarpun enggan meletakkan harapan terlalu tinggi, barisan pemain negara tetap dituntut supaya berjuang habis-habisan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi pembuka tirai Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Jassim Hamad, Doha malam ini (11.30 malam waktu Malaysia).
Memang benar, kita perlu berpijak di bumi nyata. Namun, sekurang-kurangnya pemain Harimau Malaya perlu sedar betapa kekalahan dengan jumlah jaringan yang besar malam ini hanya akan berterusan mengundang prestasi skeptikal peminat setia tempatan.

05 February 2013

KOSMO : Kelibat Rozaimi, Irfan Jadi Tumpuan

IRFAN (tengah) dan Rozaimi (empat dari kiri) menjadi perhatian pegawai pencari bakat kelab Brisbane Roar.
GOLD COAST, Australia - Aksi menentang Brisbane Roar hari ini bakal menjadi medan terbaik buat kapten Harimau Muda, Irfan Fazail dan Rozaiman Abdul Rahman untuk membuktikan keupayaan masing- masing.

Ini kerana Irfan dan Rozaimi yang meledak 10 gol pada kempen kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) sebelum ini dikatakan mendapat perhatian pegawai pencari bakat kelab terbabit, Brad Maloney.

Perlawanan menentang Brisbane Roar merupakan aksi terakhir Harimau Muda pada siri Jelajah Australia yang bermula penghujung Januari lalu.

Bekas penyerang import Sabah, Scott Ollerenshaw yang mengaturkan jelajah tersebut adalah antara individu yang bertanggungjawab mengenal pasti bakat kedua-dua pemain muda itu sebelum menjemput Malo- ney menyaksikan persembahan mereka dengan lebih dekat pada aksi menentang juara Liga Australia (Liga A), Brisbane Roar hari ini.

04 February 2013

BHARIAN : 2 Anak Didik OKS Dilamar Kelab Jepun


Gold Coast: Dua pemain Harimau Muda A, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Nor ditawar kontrak selama dua tahun oleh kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu.
Jurulatih skuad itu, Ong Kim Swee, berkata tawaran kontrak selama dua tahun itu dibuat sendiri kelab berkenaan kepada dua pemain terbabit tanpa melalui ejen.
Kedua-dua pemain berusia 22 tahun itu pernah menjalani latihan pemilihan di Okinawa, Jepun selama dua minggu pada Julai lalu, tetapi pulang ke tanah air tanpa menerima sebarang tawaran kontrak.
Mesti bincang
“Kami perlu teliti dahulu tawaran, berbincang dengan ejen, keluarga dan pemain itu sendiri. Tak guna kami lakukan macam-macam tetapi selepas tujuh bulan, pemain pulang ke tanah air beraksi dengan kelab lain," katanya merujuk kepada kes pemain muda negara, Nazmi Faiz Mansor, 19.
Kim Swee yang kini berada di Gold Coast, bersama Harimau Muda A, berkata, beliau perlu berhati-hati supaya pisang tidak berbuah dua kali.
“Jadi kali ini saya kena lihat dengan siapa kami berbincang mengenai tawaran kontrak yang diterima Wan Zaharulnizam dan Wan Zack,” katanya.

KOSMO - Harimau Muda Hadapi Ujian Getir

KIM SWEE (tengah) dalam persiapan awal membentuk skuad terbaik bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar penghujung tahun ini.
GOLD COAST, Australia - Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee membayangkan skuad kendaliannya bakal mengharungi satu ujian getir ketika berdepan juara Liga Australia, Brisbane Roar pada aksi persahabatan esok.

Kim Swee memberitahu, aksi menentang kelab gergasi Australia itu amat penting bagi menentukan sejauh mana kemampuan anak-anak buahnya.

"Sudah tentu saya menjangkakan ia adalah satu perlawanan sengit dalam siri perlawanan persahabatan Jelajah Australia kami.

"Saya percaya tidak kira pemain simpanan atau utama (Brisbane Roar), mereka memiliki kualiti yang cukup tinggi dan apa yang saya akan lakukan selepas tiga perlawanan awal, saya akan menilai (prestasi) kesemua pemain-pemain.

"Jadi pemain yang menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tiga perlawanan lalu akan diturunkan dalam kesebelasan utama untuk aksi terakhir persahabatan kami di Australia kali ini.