![]() |
| KIM SWEE (kanan) lebih mengutamakan kekuatan mental pemain menjelang aksi menentang Singapore Armed Forces, Ahad ini. |
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.myKIM SWEE (kanan) lebih mengutamakan kekuatan mental pemain menjelang aksi menentang Singapore Armed Forces, Ahad ini.
KEKUATAN mental pemain Harimau Muda dilihat menjadi keutamaan pengendalinya, Ong Kim Swee menjelang pertemuan menentang Singapore Armed Forces dalam aksi Liga Singapura (Liga S) di Stadium Choa Chu Kang, Ahad ini.
Kejayaan menewaskan Courts Young Lions dengan keputusan 3-1 di Stadium Yishun, Ahad lepas jelas menjadi tonik utama skuadnya dalam usaha mengekalkan rekod kebal tanpa kalah dalam saingan Liga S setakat ini.






