AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

10 July 2012

HARIMAU MALAYSA vs ARSENAL & MAN.CITY

PERLAWANAN PERSAHABATAN :

HARIMAU MALAYA vs ARSENAL (24 Julai 2012)
HARIMAU MALAYA vs MANCHESTER CITY (30 Julai 2012)


Sumber : KOSMO (10 Julai 2012)
Safee perkuat skuad kebangsaan
SAFEE turut tersenarai dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi Arsenal dan Manchester City.


SERAMAI 27 pemain telah dipanggil menjalani latihan pemilihan dengan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan dua kelab Liga Perdana England (EPL) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, bulan ini.

Pemain yang dipilih akan berpeluang berdepan dengan Arsenal FC (24 Julai) sebelum menentang juara EPL 2011/2012 Manchester City pada 30 Julai.Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung bermula pukul 8.45 malam.

Selain aksi persahabatan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga sedang mengatur latihan pusat di luar negara bagi skuad tersebut yang dijadualkan bermula pada 4 hingga 16 Ogos depan.

Penyerang kebangsaan yang bermain dengan kelab Pelita Jaya di Indonesia, Mohd. Safee Sali juga dipanggil pulang menyertai latihan skuad Harimau Malaya itu.

Selain Safee, mereka yang turut dipanggil menyertai latihan tersebut ialah Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Mohd. Asraruddin Putra Omar, Mohd. Bunyamin Umar, Norazlan Razali, Safiq Rahim (Selangor), Ahmad Shakir Md Ali, Mohd. Farizal Marlias, Shahurain Abu Samah dan S. Kunalan (Negeri Sembilan).

Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, S. Subramaniam (Kelantan), Mohamad Ashaari Samsudin, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd. Faizal Muhamad (Terengganu), Azamuddin Mohd. Akil (Pahang), Md Rozaimi Abd Rahman (Sabah), Mahalli Jasuli, Mohd. Fadhli Shas (Harimau Muda A), Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak, Amiridzwan Taj Tajudin, Mohd. Azmi Muslim (ATM) dan Yong Kuong Yong (Felda United FC).

09 July 2012

KECEWA.... FAM oh FAM

Suara kecewa sikap FAM kian lantang

Sumber : BH
Rentetan keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung isu lebih umur pemain Myanmar, suara penyokong yang tidak puas hati dengan keputusan itu kian lantang.

Paling ketara, sekumpulan 30 hingga 40 orang penyokong setia Harimau Malaya diwakili orang-orang kuat Ultras Malaya sanggup menunggu sehingga Kongres FAM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur kelmarin berakhir untuk menyerahkan memorandum supaya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan. “Jika tidak kerana bantuan media kita, siapa lagi nak bantu dedahkan penipuan Myanmar. Tapi FAM hanya mahu rujuk data pemain dalam sistem AFC saja.
“Sudah tentu Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Remaja AFC, Zaw Zaw (yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Myanmar) sudah menyembunyikan segala fakta usia sebenar untuk selamatkan pasukan mereka.

“Tapi FAM sendiri sudah rosakkan semangat kita semua. Kami rasa Datuk Azzuddin Ahmad (Setiausaha Agung FAM) gagal mengendalikan isu ini dengan baik dan wajar diganti dengan individu berkredibiliti,” kata wakil Ultras Malaya, Lekir Ahmad.

06 July 2012

BHARIAN : Doakan Saya

NAZMI Faiz melambai tangan ke arah jurugambar ketika berlepas ke Portugal di KLIA, malam tadi.Nazmi berlepas ke Portugal galas maruah bola sepak negara

Kuala Lumpur: Bintang muda negara, Nazmi Faiz Mansor, 18, memulakan kembaranya di pentas Eropah apabila berlepas ke Portugal, malam tadi untuk beraksi selama tiga musim bersama kelab liga utama negara itu, SC Beira-Mar. Kurang 30 jam selepas pulang bersama skuad B-22 dari Yangon, Myanmar petang kelmarin, Nazmi kali ini bersendiri terbang ke Portugal bagi memulakan latihan pramusim bersama Beira-Mar menjelang musim baru 2012/13, bulan depan.
“Ini permulaan karier saya di Eropah. Jadi saya perlu berani mengambil cabaran. Saya akan tunjukkan yang terbaik di sana nanti untuk mengharumkan nama Malaysia. Bukan senang, tapi saya akan gunakan peluang ini sebaiknya.

“Kepada semua peminat saya di seluruh Malaysia dan seluruh keluarga, doakan kejayaan saya di sana nanti. Terima kasih juga buat jurulatih (Ong Kim Swee) dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang banyak membantu,” kata Nazmi ketika ditemui di KLIA, Sepang malam tadi

Mengharap NASIB..Oh Harimau Muda!!

Aduhai..kita mengharap nasib je ni...untuk skuad Harimau Muda mara ke Perlawanan Akhir Piala AFC U22 2013, bergantung pada:

  1. Bantahan Kepada AFC - Pemain Myanmar Lebih Umur
  2. Mengharap Oman dan India seri (Kumpulan A)
  3. Menunggu selesai Perlawanan Kumpulan E
Nasib leee..


Info UTUSAN:

Ini bermakna skuad Harimau Muda mempunyai tiga peluang yang amat tipis untuk turut mengiringi Korea Selatan dan Myanmar ke Piala Asia Bawah 22 tahun, pertama perlu menunggu perlawanan di antara Oman dan India dalam aksi terakhir Kumpulan A awal pagi ini.
Sekiranya kedua-dua pasukan, yang sekarang ini mengumpul tujuh mata mencatat keputusan seri, Malaysia sudah sebelah kaki menjadi pasukan ketiga terbaik untuk mengiringi juara dan naib juara ketujuh-tujuh kumpulan ke saingan akhir Piala Asia Bawah 22 tahun pada 2013.
Selepas melepasi peluang pertama ada satu lagi peluang perlu ditunggu iaitu aksi Kumpulan E melibatkan Australia, Jepun, Indonesia, Singapura, Macau dan Timor Leste. Jika pasukan tempat ketiga kumpulan ini gagal memungut mata mahupun jaringan melebihi daripada Malaysia, maka anak buah Kim Swee masih mampu ke temasya yang kali pertama diadakan itu.
Akhir sekali adalah menunggu sama ada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan mengambil tindakan ke atas tuan rumah yang dikatakan membariskan pemain melebihi had umur. Namun setakat ini belum ada kenyataan rasmi mahupun bantahan telah dibuat.

Rekod AFC peluang terakhir
KUALA LUMPUR - Malaysia berpeluang cerah untuk layak ke pusingan akhir Kejohanan Bawah 22 AFC 2013 walaupun 'dari luar padang' berdasarkan rekod sebuah kejohanan kelayakan peringkat umur Asia yang melibatkan skuad remaja negara, lima tahun lalu.
Kelayakan Kejohanan Bawah 16 AFC ketika itu pernah membatalkan kemaraan Korea Utara yang mulanya menewaskan anak buah Aminuddin Hussein 4-0 di Singapura pada 21 Oktober 2007 dan tidak mustahil tuah sebegitu akan berpihak kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee pula.
Malah, Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pernah mengesan penggunaan pemain lebih umur seterusnya menukar semula keputusan dalam Kelayakan Bawah 16 pada 2007 itu setelah melakukan ujian perubatan biologi, Imbasan Gema Magnetik (MRI) ke atas tulang pemain-pemain yang terlibat.
Situasi hampir sama ini berulang apabila Myanmar didakwa 'bermain tidak adil' dengan menurunkan pemain lebih umur dan menang 2-1 di Stadium Pusat Latihan Belia Thuwunna, Yangon, Selasa lalu, sekali gus layak ke pusingan akhir selaku naib juara Kumpulan G.
Yang penting bantahan rasmi dengan bukti kukuh, perlu dimajukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada AFC kerana jika berjaya, terdapat peruntukan peraturan pertandingan untuk mengubah keputusan perlawanan itu kepada 3-0.
Jika ini berlaku, status pasukan layak ke akhir akan menyebelahi Malaysia.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu, satu sidang media khas untuk menjawab persoalan mengenai bantahan skuad belia negara terhadap Myanmar itu, akan diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
"Perkara ini juga sudah dipersembahkan kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Timbalan Presiden FAM), semalam," katanya yang mengakui dihujani begitu banyak pertanyaan wakil media berhubung isu itu sejak kelmarin.
Kekalahan tipis itu meletakkan anak buah Kim Swee di tangga ketiga Kumpulan G dan pada masa yang sama dipintas Oman (dalam kumpulan lain) yang setakat ini muncul pasukan tempat ketiga terbaik daripada enam kumpulan tidak termasuk Kumpulan E yang saingannya bermula, semalam

04 July 2012

TEWAS & BANTAHAN

Pemain Malaysia kecewa selepas tewas 1-2 kepada Myanmar dalam saingan terakhir Kumpulan G, malam tadi.

Skuad Harimau Muda tewas kepada tuan rumah, Myanmar 2-1 dan tertutup untuk ke Perlawanan Akhir Piala AFC U22 pada tahun depan, tetapi akan membantah kepada AFC kerana Myanmar turunkan pemaian melebihi usia 22..
HARAP KEAJAIBAN leee..

Sumber: BHARIAN:

Pemain Malaysia kecewa selepas tewas 1-2 kepada Myanmar dalam saingan terakhir Kumpulan G, malam tadi.Kim Swee akan kemuka bantahan kepada AFC kerana Myanmar turunkan pemain lebih umur

YANGON: Malaysia akan mengemukakan bantahan kepada Kon federasi Bola Sepak Asia (AFC) kerana Myanmar menurunkan beberapa pemain lebih usia 22 tahun pada perlawanan Kumpulan G, Kelayakan Piala Asia B-22 2013 malam tadi. Pada perlawanan dengan Myanmar di Stadium Thuwunna, Yangon yang berkesudahan Malaysia tewas 1-2, pasukan itu dipercayai membariskan pemain berusia antara 22 hingga 25 tahun

02 July 2012

Rozaimi Hero Baru Harimau Malaya

Nama Rozaimi Abdul Rahman naik mendadak di Myanmar bagi Kelayakan Piala Asia (U22) setelah menjaringkan gol-gol yang membantu Malaysia mencatat kemenangan bergaya. Sehingga kini beliau telah menjaringakan 9 gol keseluruhannya bagi 4 perlawanan. (4 gol -FIlipina, 2 gol-Taiwan dan 3 gol-Vietnam).

Beliau yang berusia 20 tahun (11 Jun 1992) berasal dari Sabah, kini menduduki senarai no.1 penjaring terbanyak saingan kelayakan ini (peh mantap!!!)

Berita terkini : ia sedang diintai oleh beberapa kelab luar untuk menjalani sesi pemilihan. Antaranya kelab dari Eropah dan Thailand.. Sejak akhir-akhir ini produk Harimau Muda semakin laris dan mendapat perhatian.. semoga terus mengaum!!!!

 Bukti kan kehebatan HM apabila melawan pasukan tuan rumah Mynmar pada 3 Julai ini.. terus menyokong!!!


KOSMO : Perjuangan Belum Berakhir

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

FANDI (kanan) bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama pada aksi menentang Myanmar malam esok.


MISI Harimau Muda masih belum selesai di bumi Myanmar.Malam esok, skuad kendalian Ong Kim Swee bakal membuat perhitungan 'hidup dan mati' bersama tuan rumah, Myanmar dalam aksi terakhir Kumpulan G Kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) sekali gus menyambar slot automatik ke pusingan akhir tahun depan.
Tuan rumah kini berkongsi 10 mata dengan Korea Selatan sementara skuad muda negara berada di tempat ketiga dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan dan sekali tewas sebelum ini.
Meskipun Harimau Muda dilihat masih selesa apabila menduduki tempat ketiga terbaik daripada tujuh kumpulan setakat ini, Kim Swee enggan memperjudikan nasib pasukannya serta berazam mahu melakar kemenangan esok.
Mungkin, ramai yang sudah lupa pertembungan malam esok dilihat mengimbau semula skrip yang hampir sama pernah dihadapi Harimau Muda ketika aksi terakhir kumpulan pada temasya Sukan SEA di Indonesia tahun lepas yang menyaksikan pasukan negara berjaya mempertahankan pingat emas.
"Tahun lepas, kami bertemu tuan rumah (Indonesia) pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan menang 1-0.