Harimau Malaya
PETALING JAYA - Skuad bola sepak kebangsaan bakal diuji oleh sebuah negara luar dalam satu perlawanan persahabatan penghujung bulan ini sebagai persediaan awal mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi di Indonesia pada 2010.
Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal ketika mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan menamakan negara berkenaan kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengadakan rundingan dengan persatuan bola sepak negara itu.

"Perlawanan itu mungkin diadakan di sini namun saya tidak mahu dedahkan terlebih dahulu kerana FAM yang akan mengumumkannya selepas selesai rundingan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen "You're not you when you're hungry" oleh Snickers di sini hari ini.