18 Februari 2012

KEMAMAN - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengharapkan skuad bola sepak Olimpik negara mampu beroleh sekurang-kurangnya satu mata berharga menjelang aksi kelima Kumpulan C menentang Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.
Ahmad Shabery berkata pencarian kemenangan pertama amat bererti untuk dihadiahkan kepada peminat-peminat walaupun peluang telah tertutup setelah gagal mencatat sebarang kemenangan semasa saingan di peringkat kumpulan C kelayakan Zon Asia.




