Boleh dikatakan setiap bulan Majalah Mangga mempromosikan pemain-pemain skuad Harimau Muda kita. Almaklumlah semuanya dalam kategori popular dan hensem-hensem. Bagi majalah MANGGA keluaran bulan Februari 2012, terdapat poster pemain muda Syahrul Azwari. Dengan tajuk Bintang Cun..hihihihi.. Dah macam artis pemain-pemain kita ini, belum lagi yang terlibat sebagai Duta, Iklan dan sebagainya.. Dapatkan Majah MANGGA kalau nak poster besar ini. Atau layari Mangga Online
AKSI HARIMAU MALAYA
AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26
AKSI HARIMAU MUDA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26
AKSI HARIMAU MUDA :
18 February 2012
17 February 2012
KOSMO - Tugas Negara Keutamaan Safee
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
hidayat.azmie@kosmo.com.my
![]() |
| SAFEE tidak pernah mengabaikan tugasan bersama skuad kebangsaan |
PELEDAK berbisa Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bukannya pemain ‘diva’.Ternyata, kontrak baharu bernilai RM2 juta yang ditawarkan majikannya, Pelita Jaya baru-baru ini tidak menjadikan Safee ‘besar kepala’ apabila masih teruja dipanggil menjalani latihan bersama 27 pelatih skuad kebangsaan menjelang aksi persahabatan menentang Sabah dan Filipina pada 19 Februari ini hingga 1 Mac depan.
Pengurus peribadinya, Zakaria Ab Rahim juga berharap kepulangan Safee kali ini dapat melenyapkan segala spekulasi negatif yang membabitkan pemain kelahiran Kajang, Selangor itu sebelum ini.
“Safee sentiasa teruja mewakili pasukan kebangsaan, namun pada masa sama terpaksa menghormati apa jua keputusan Pelita Jaya sebagai majikannya.
“Walaupun jurulatih Pelita Jaya, Rahmad Darmawan begitu berat melepaskan Safee gara-gara perubahan jadual perlawanan Liga Super Indonesia (ISL) yang membabitkan pasukan itu dengan Persipura Jayapura dan Persiwa Wamena, beliau memahami tanggungjawab Safee bersama skuad kebangsaan walaupun ia sekadar satu aksi persahabatan.
“Jadi, diharapkan kepulangan Safee ke ibu negara pada 21 atau 22 Februari ini dapat menamatkan spekulasi negatif yang kononnya dia tidak lagi berminat mewakili pasukan kebangsaan (selepas menerima kontrak lumayan bersama Pelita Jaya),” katanya menerusi e-mel kepada Kosmo!

UTUSAN - Barisan Terkuat Lawan Blue Samurai
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
dayne.ghazali@utusan.com.my

Pemain Harimau Muda menjalani latihan persediaan menentang Jepun dalam kelayakan Olimpik di padang MSN, Bukit Jalil, semalam.- UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH
KUALA LUMPUR - Jurulatih skuad Bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee (gambar) berjanji kepada peminat setia negara yang dia akan menampilkan barisan terkuat bagi menghadapi Jepun pada saingan kelayakan pusingan akhir Sukan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 22 Februari ini.
15 February 2012
KOSMO - Berikan Izham Masa - Kim Swee
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE

hidayat.azmie@kosmo.com.my
KOSMO - 15 Februari 2012

IZHAM (belakang) antara penjaga gol muda negara yang semakin mempamerkan kematangan.
PERSEMBAHAN goyah penjaga gol Harimau Muda, Izham Tarmizi Roslan ketika membenam cabaran Gombak United 2-0 dalam aksi sulung Liga Singapura (Liga S) baru-baru ini sedikitpun tidak meresahkan pengendali pasukan, Ong Kim Swee.
Walaupun Izham dilihat agak gugup dalam perlawanan itu, Kim Swee sebaliknya yakin pemain kelahiran Terengganu itu akan mempamerkan aksi yang lebih matang sejajar dengan peningkatan usianya selepas ini.
11 February 2012
SINAR - Safee Tetap Bersama Skuad Kebangsaan
WARTAWAN SINAR HARIAN
11 Februari 2012

“SAFEE tidak terjejas sekalipun Persatuan Sepakbola Indonesia (PSSI) diharamkan oleh Fifa,” tegas Zakaria Rahim, Pengurus peribadi penyerang sensasi negara, Safee Sali.
Kemelut yang tidak berkesudahan ini timbul disebabkan status pengharaman Liga Super Indonesia (ISL) oleh PSSI yang mungkin menyebabkan Safee diharamkan beraksi bersama skuad kebangsaan jika terus bermain dengan Pelita Jaya dalam saingan ISL yang dilabel ‘liga haram’ di sana.
09 February 2012
29 January 2012
SELAMANYA HARIMAU MALAYA
Sokong! Sorak! Semangat! Setia! dan Selamanya Harimau Malaya. Mari kita beri sokongan kepada skuad bola sepak kebangsaan kita dalam apa jua cara. Tidak kira lah time mereka menang dan kalah. Dan atas semangat sokongan KyRe@tiF terhadap Harimau Malaya. Maka terhasilah video klip - 2012 Selamanya Harimau Malaya (himpunan gambar, video dan maklumat yang terbaik dalam penghasilan video ini). Terima kasih atas sumber bahan daripada Kelab penyokong Harimau Malaya, Ultras Malaya, Sokernet.com, blog-blog peminat dan seumpamanya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Video ini disertakan dengan lirik agar dapat membakar semangat kita dan diselitkan sekali 'bonus' sorakan/nyanyian penyokong tegar Harimau Malaya iaitu Utras Malaya lagu 'selamanya' di stadium. Semoga Skuad 'Selamanya' di Sanubari,Saksikanlah....
2012-Video Selamanya Harimau Malaya+lirik+Sorakan Ultras Malaya @ Youtube
2012-Video Selamanya Harimau Malaya+lirik+Sorakan Ultras Malaya @ Youtube
Disertakan lirik lagu Selamanya Harimau Malaya: Nyanyian oleh Joe Flizzow, Carleed Khaza & Altimet :
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!
Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
HARIMAU MALAYA!!!
Inilah tunah tumpahnya darah ku,
Negara pasukan biarlah hanya satu,
Harimau kami berlari laju,
belang nak tertanggal dari baju.
Harimau kami cekap gelecek,
Pertahanan lawan tumbang sederet,
Bila turun padang berumahkan gelanggang,
Kalau berani mari bersandang....
Semua berlari hingga tiada keringat,
Gol pertama untuk negara kedua untuk pingat,
Bila atas padang main tak ingat,
Tiap hantaran kemas tiap gerak ligat.
Pernahkah ada harimau yang jinak?,
Jawapannya tidak semestinya lincah,
Penyokong ke stadium beranak pinak,
Untuk mu MALAYSIA kami sana....
Hey,nari kita semangat,
HITAM KUNING terpahat,
Mari kita berjuang,
Tempur berperang di padang.
Sekali lagi, Maju lagi,
Serang lagi, Gagah berani sebati,
Tidak genat tenang,
Dengar sorakan Gemilang,
Harimau Malaya Pasti Menang!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!
Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
HARIMAU MALAYA!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)