AVEIRO - Pemain muda sensasi negara, Mohd. Nazmi Faiz Mansor mula menjalani latihan pertama bersama kelab Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar selama satu setengah jam, semalam.
Menurut ejen yang membawa Nazmi, Marco Guimaraes, Nazmi telah memberikan persembahan yang baik pada sesi latihan sulung dan berjaya membuatkan ramai pihak rasa kagum dengan keupayaan bola sepak yang dimilikinya walaupun berusia 17 tahun.
''Nazmi memberikan aksi sangat menyakinkan dan peluangnya cukup cerah untuk menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di bola sepak Eropah.
''Diharapkan rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan Nazmi pada sesi pemilihan bersama Beira Mar," kata Guimaraes.
Sementara itu, Nazmi mengakui dia langsung tidak berasa gentar malahan sudah mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan di sana.
''Saya sedar perlu berusaha keras jika mahu meraih tempat kerana saiz saya yang kecil tetapi itu tidak menjadi masalah besar, saya akan bekerja keras untuk berjaya," katanya ketika dihubungi
No comments:
Post a Comment