MOHD FAHMI ISMAIL
22 Mei 2012
Skuad Harimau Muda terlibat dalam empat siri perlawanan persahabatan di Hungary dan Slovakia |
JURULATIH pasukan Bawah 22 Tahun, Ong Kim Swee memandang serius empat siri aksi persahabatan di Hungary dan Slovakia yang bermula 23 Mei hingga 5 Jun depan.
Menurutnya, percutian mereka ke Eropah bukan sekadar makan angin semata-mata, tetapi menjadi medan ujian memantapkan pasukan khususnya menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia B-22 bermula pertengahan bulan depan.
“Harus diingatkan bahawa kita bakal bermain empat perlawanan yang begitu sukar. Tetapi, saya berharap pemain dapat beraksi dengan baik walaupun turun tanpa khidmat Fadhli Shas dan Wan Zack Haikal yang bersama skuad kebangsaan.

“Saya percaya pemain mampu menggunakan kesempatan sebaik mungkin kerana kita bakal berdepan lawan hebat dalam kumpulan G nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di Slovakia semalam.
Jelas Kim Swee lagi, mereka berkemungkinan turun tanpa kapten berpengaruh, Irfan Fazail kerana demam dan pengendali dari Melaka itu tidak menolak menggunakan pemain yang jarang diberi peluang bermain sebelum ini.
Sementara itu, ditanya mengenai peluang Nazmi Faiz Mansor yang baru selesai menjalani latihan pemilihan di kelab Divisyen 1 Liga Portugal, SC Beira-Mar, Kim Swee enggan mengulas lanjut.
“Nazmi terus tiba ke Hungary dari Portugal. Saya belum bertemu dengan dia lagi untuk mengetahui status terkini sama ada dia layak atau pun tidak.
“Tetapi, pada saya Nazmi cukup berpotensi beraksi ke peringkat lebih tinggi,” katanya yang akan bertemu ejen pemain Harimau Muda A sejurus tiba di Budapest, hari ini.
Anak buah Kim Swee akan menentang Ferencvaros pada 23 Mei, satu lagi kelab Hungary pada 26 atau 27 Mei dan Honved pada 29 Mei sebelum berdepan kelab Slovakia FK Dukla di Banska Bqstrica pada 5 Jun
No comments:
Post a Comment