AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

29 February 2012

METRO - Benam Filipina

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


HARIMAU Malaya mengharapkan sentuhan penyerang sensasi, Mohd Safee Sali merobek gawang Filipina pada aksi persahabatan antarabangsa di Rizal Memorial Stadium malam ini tapi pasukan tuan rumah bersedia menurunkan benteng paling ampuh termasuk penjaga gol pasukan simpanan Fulham, Neil Etheridge.

Aksi Safee pastinya kembali ditagih ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal selepas pemain itu hanya beraksi selama 10 minit terakhir ketika menang tipis 1-0 pada perlawanan persahabatan dengan Sabah di Kota Kinabalu, Jumaat lalu akibat kecederaan betis kanan.

Perlawanan berstatus A ini perlu diberi perhatian serius pengendali negara itu biarpun kerap menyatakan niat untuk menguji pemain kerana jika meraih keputusan buruk, ranking Malaysia yang kini menduduki tangga ke-150 dunia pasti merosot berbanding Filipina, 156.

BHARIAN - Harimau Malaya Yakin Sekat Amukan Filipina

Oleh Wan Fakhrul Bakar

SKUAD kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal yang berkedudukan ke-150 dunia berdepan cabaran getir apabila Filipina, pasukan di ranking ke-156 tampak mengambil pendekatan cukup serius untuk aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Memorial Rizal, Manila, jam 7 malam ini.

Filipina dibimbing Michael Weiss kini dalam persiapan terakhir menjelang Piala Cabaran AFC 2012 di Nepal bermula 9 Mac ini dan sudah mengadakan tiga aksi persahabatan dengan Uzbekistan B-23 (kalah 0-3), Al Ahli (menang 3-1) dan Australia B-23 (kalah 0-1) sepanjang bulan ini.

Ketika sidang media tadi (semalam), jurulatih Filipina anggap perlawanan ini penting dan mahu pemainnya beraksi habis-habisan untuk menang kerana reputasi kita sebagai juara bertahan Piala Suzuki AFF. Berdasarkan persiapan pasukan, tampak mereka lebih bersedia.

Mereka akan turunkan beberapa pemain yang beraksi di luar dan boleh dikatakan sebuah skuad lengkap berbanding kita yang hadir ke sini tanpa lima pemain - Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, Mahali Jasuli, K Gurusamy dan Faizal Muhamad yang cedera. Saya jangka ia perlawanan sengit, kata Rajagobal ketika dihubungi di Manila, petang semalam.

Dalam tempoh 24 jam ini dia juga akan memantau keadaan Safee Sali (kiri). Jika dia boleh beraksi, saya akan fikirkan gandingan mana lebih sesuai - Zaquan Adha Radzak, Abdul Manaf Mamat atau Ahmad Shakir Md Ali, jelas Rajagobal
 

28 February 2012

PERSAHABATAN - MALAYSIA vs FILIPINA

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa pertama skuad Harimau Malaya pada tahun ini adalah menentang Filipina pada 29 Februari 2012 ini.

PERSAHABATAN 2012
HARIMAU MALAYA
KEPUTUSAN


MALAYSIA (1) vs FILIPINA (1)
Ahmad Shakir m90                    Denis Wolf  m34

KOSMO - Malaysia Elak Jerat Filipina


ATAS kertas, Malaysia dilihat lebih kuat berbanding Filipina apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi persahabatan di Stadium Memorial Rizal, Manila malam esok, lapor NAN HIDAYAT NAN AZMIE.

Memegang reputasi selaku juara Piala AFF Suzuki 2010 serta berada dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang lebih baik berbanding Filipina, ia begitupun bukan alasan bagi anak-anak buah Datuk K. Rajagobal beraksi sambil lewa.

Duka tewas 2-3 kepada pasukan yang menghuni ranking lebih rendah - India dalam aksi persahabatan antarabangsa pada penghujung tahun lepas pastinya menjadikan skuad Harimau Malaya supaya lebih berwaspada.

Tambahan pula, anak buah Michael Weiss pastinya mahu tampil lebih garang sebagai persiapan menjelang Piala Cabaran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Nepal awal bulan depan.

"Ini merupakan persiapan awal bagi mempertahankan Piala AFF Suzuki hujung tahun ini, jadi semangat untuk menang harus ada dalam setiap diri pemain," tegas Rajagobal.

Skuad Harimau Malaya berlepas ke Manila semalam selepas mengadakan aksi persahabatan dengan Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu Jumaat lepas.

Dalam pada itu, kehadiran penjaga gol simpanan Fulham, Neil Etheridge dalam aksi persahabatan di Manila malam esok juga pastinya menjanjikan sesuatu yang istimewa kepada peminat tempatan terutamanya ketika berdepan jentera serangan Malaysia.

Tambahan pula, persoalan sama ada Etheridge dapat membantu The Azkal pada Piala Cabaran AFC yang bermula dari 8 hingga 13 Mac itu masih belum terjawab kerana belum pasti diberikan pelepasan oleh Fulham.

Dalam Piala Cabaran AFC selama enam hari itu, Filipina diundi bersama juara bertahan, Korea Utara, India dan Tajikistan

26 February 2012

BHARIAN - Malaysia Sukar Buat Bidaan

Oleh Wan Fakhrul Bakar

2012/02/26


HASRAT Malaysia menjadi tuan rumah saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Asia B-22 2013, 23 Jun hingga 3 Julai depan, berdepan kesukaran membabitkan masalah stadium serta jadual padat liga domestik. 



Ia sekali gus membuka peluang cerah buat Vietnam yang turut membidanya, kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang berkata, Stadium Nasional Bukit Jalil pasti tidak dapat dijadikan venue kerana kerja-kerja baik pulih bumbungnya bermula April ini.

UTUSAN - Nasib Baik Bukan Perlawanan Antarabangsa

Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA
utusansabah@utusan.com.my

KOTA KINABALU - Datuk K. Rajagobal menganggap kemenangan tipis 1-0 ke atas Sabah dalam perlawanan persahabatan di Stadium Likas, Kota Kinabalu kelmarin memadai buat pasukan negara.
Ketua jurulatih negara itu menjelaskan, pemainnya gagal membuktikan kekuatan sebenar apabila tampak keletihan dalam perlawanan tersebut hingga membataskan pergerakan pantas mereka.

25 February 2012

METRO - Amar Jinak Sabah

 


Oleh Erdie Ab Wahid 

hmkk@hmetro.com.my

JARINGAN tunggal Amar Rohidan pada minit ke-80 membolehkan skuad kebangsaan pulang dengan kemenangan tipis 1-0 selepas berhempas-pulas menentang skuad Liga Super Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi. 

Bagaimanapun, skuad kendalian Datuk K Rajagopal terlebih dulu dikejutkan dengan jaringan pemain tengah Sabah, Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-60 yang berjaya membolos gawang Harimau Malaya dengan menewaskan Farizal Marlias. Bagaimanapun, jaringan itu dibatalkan pengadil, Sani Tari selepas bola terkena tangan pemain Sabah itu.