FAM pilih Korea Selatan atau Australia
FAM
PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang membawa skuad bola sepak kebangsaan Harimau Malaya ke Korea Selatan atau Australia untuk mengadakan perlawanan persahabatan.
Naib Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal berkata cadangan itu dibuat berikutan Singapura belum memberi kata putus untuk mengadakan perlawanan Causeway Challenge.
"Jadual asal perlawanan dengan Singapura pada Jun ini. Jika perlawanan dua pusingan itu tidak dapat dijalankan, kita akan memilih sama ada membawa pemain kita ke Korea Selatan ataupun Australia," katanya di sini, hari ini.
Perlawanan persahabatan dua pusingan Causeway Challenge dengan Singapura dijadualkan pada 4 dan 7 Jun.
Subahan yang juga pengurus pasukan Harimau Malaya berkata FAM dalam masa yang sama juga sedang memilih kelab bola sepak dalam liga kedua-dua negara itu untuk mengadakan perlawanan persahabatan.
Namun, katanya Harimau Malaya hanya akan bermain menentang pasukan gred tinggi di Korea Selatan atau Australia.
"FAM akan memastikan segala-galanya teratur. Kami perlu bermain dengan pasukan yang kredibiliti tinggi.
"Saya juga akan pastikan perlawanan persahabatan ini bukan bertujuan untuk 'percutian' kerana kita perlu meningkatkan prestasi skuad kita," kata Subahan.
Sebaik selesai program perlawanan persahabatan bulan depan, Harimau Malaya akan melayan kunjungan pasukan Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC pada 21 Julai dan seterusnya kelab bola sepak Sepanyol, Barcelona FC pada 10 Ogos.
FAM juga merencana perlawanan persahabatan menentang India dan Uzbekistan pada bulan September sebagai persediaan sebelum menentang Bahrain pada 15 Okt di sini untuk kelayakan Piala Asia.
Dalam pada itu, Subahan berkata Harimau Malaya akan memulakan sesi latihan pusat bermula minggu depan dan surat kepada para pemain akan dihantar mulai esok. - Bernama
AKSI HARIMAU MALAYA
AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26
AKSI HARIMAU MUDA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26
AKSI HARIMAU MUDA :
22 May 2013
03 May 2013
KOSMO : Harimau Muda A MAsih Tumpul
Harimau Muda A masih tumpul: kekalahan kelima di Eropah
2 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Kemarau kemenangan menghantui skuad Harimau Muda A pada siri Jelajah Eropah apabila kalah 3-0 kepada kelab Liga Hungary, Kaposvari Rakoczi FC, pada perlawanan persahabatan di Hungary, semalam.
Ia merupakan kekalahan kelima dalam siri ujian persahabatan selama lima bulan berkampung di Slovakia sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember ini.
Sebelum ini, skuad bimbingan Ong Kim Swee kalah 4-1 dan 3-2 dengan kelab Slovakia, MSK Zilina selain di belasah 7-1 oleh skuad bawah 21 tahun Georgia.
Skuad bawah 23 tahun kebangsaan itu turut kalah 4-0 kepada kelab divisyen satu Hungary, FGSZ Siofok di Budapest, Hungary, minggu lepas.
Mereka bagaimanapun mengikat skuad bawah 19 tahun (B-19) Slovakia dengan keputusan seri, 1-1 selain terikat tanpa jaringan ketika berdepan skuad B-19 Norway pada dua perlawanan awal, Mac lepas.
Skuad negara itu, yang berada di sana sejak Mac lepas, dijangka mengadakan beberapa ujian persahabatan di sana selepas ini sebelum kembali ke tanah air sebelum Aidilfitri.
Skuad itu dijadual akan menyertai Pestabola Merdeka pada Ogos ini selain menggalas cabaran negara pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade 2013) di Kazan, Russia dari 6 hingga 17 Julai ini.- Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)