AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

31 January 2013

PERSAHABATAN : MALAYSAI vs IRAQ

RALAT : Perlawanan 1 Februari 2012 (Jumaamt) - Tiada LIVE akibat masalah teknikal Astro
Perlawanan Persahabatan pertama bagi HM tahun 2013 ini, adalah menentang pasukan Iraq di Dubai pada 1 Febrauri 2013 ini. Ini adalah persiapan  terakhir sebelum memulakan kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar pada 6 Febrauari 2013.
Ada siaran langusng dari Astro Arena jam 9.30 mlm hari berkenaan. Jom beri sokongan, walaupun banyak 'kata-kata' telah dilemparkan sebelum mereka berangkat ke sana.
Mengaum lah wahai Harimauku...
 
KEPUTUSAN
 
IRAQ (3)   vs MAS (0)

BHARIAN - Harimau Muda Mengganas Lagi

2013/01/31 - 07:09:02 AMOleh Wan Fakhrul Bakar

Skuad B-23 negara, Harimau Muda A terus mengaum di bumi Kanggaru apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam siri empat aksi persahabatan di Australia selepas menewaskan pasukan divisyen dua negara itu, Brisbane Lions 2-1 di Pusat Sukan dan Olahraga Queensland (QSAC), Brisbane, semalam.

Penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan mudah menolak masuk gol pertama Harimau Muda A seawal minit ketiga sebelum lawan menyamakan kedudukan, 11 minit kemudian.

Gol kemenangan dijaringkan Rozaimi Abd Rahman menerusi sepakan percuma menarik pada minit ke-39.

30 January 2013

UTUSAN - Pantang Menyerah Kalah

Para pemain menuju ke bas yang membawa mereka ke KLIA, Sepang sebelum berlepas ke Dubai untuk aksi persahabatan menentang Iraq Jumaat ini. - UTUSAN/Safrizal Azmi
Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


PETALING JAYA - Tiada istilah menyerah kalah sebelum berjuang buat Datuk K. Rajagobal walaupun menyedari lawan Harimau Malaya pada Kelayakan Piala Asia 2015, Qatar di Doha pada 6 Februari ini memiliki status jauh lebih hebat berbanding Malaysia.

Beliau berlepas bersama pemain skuad kebangsaan ke Dubai semalam untuk aksi perlawanan persahabatan dengan Iraq pada Jumaat ini.

Cuma Rajagobal beliau meminta peminat supaya secara realistik melihat dan membandingkan standard Qatar dan Malaysia kerana tidak mahu memberi harapan palsu kepada peminat Harimau Malaya.

29 January 2013

BHARIAN - Piya Tiada Di Hati Rajagobal

2013/01/29 - 07:21:23 AM
Wan Fakhrul Bakar | wanfakhrul@bharian.com.my
Rajagobal (kiri) mengendali latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya sebelum berlepas ke Dubai, hari ini.
Kelana Jaya: Nama kapten Kelantan, Badhri Radzi atau Piya terus tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan apabila jurulatih Datuk K Rajagobal mengumumkan senarai akhir 24 pemain, semalam meskipun ketika ramai tonggak utama digugurkan akibat krisis kecederaan.

Skuad Harimau Malaya bakal berlepas ke Dubai, UAE, pagi ini untuk aksi persahabatan menentang Iraq, Jumaat ini dan seterusnya aksi sulung Kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar di Doha, 6 Februari depan.

Rajagobal tidak dapat membawa 11 pemain iaitu Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, S Kunanlan, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat, K Gurusamy, Bunyamin Umar, Zubir Azmi, Fitri Omar dan Shahrizal Saad kerana semuanya cedera.

Namun, situasi berkenaan masih belum ‘membuka hati’ pengendali berusia 57 tahun itu untuk sekurang-kurangnya memanggil Badhri untuk kem latihan skuad kebangsaan.

Tanya Piya sendiri

“Saya fikir tumpuan saya lebih kepada persiapan menghadapi Qatar. Kamu boleh tanya sendiri kepada dia (Badhri). Bukan dia tak main baik, tetapi pemain apa yang kita perlukan pada masa sekarang untuk berdepan Qatar.

“Itu adalah pendapat peminat. Kalau boleh, tanyalah kepada dua bekas jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu dan B Sathianathan. Mereka berdua boleh beri lebih penjelasan mengenai pemain Kelantan.
“Tiap-tiap jurulatih ada cara atau pemilihannya,” kata Rajagobal ketika ditemui pada latihan terakhir di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.

Dalam pada itu, aksi persahabatan menentang Iraq, Jumaat ini berkemungkinan tidak berstatus A kerana Rajagobal bercadang berbincang dengan jurulatih Iraq untuk membenarkan lebih enam pertukaran pemain dibuat sepanjang perlawanan terbabit.

Senarai 24 pemain Harimau Malaya:
Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias, Norazlan Razali.
Pertahanan: Aidil Zafuan Abd Radzak, Fadhli Shas, Amirizdwan Taj Tajudin, Faizal Muhammad, Nik Shahrul Azim Ab Halim, Mahalli Jasuli, K Reuben, Asraruddin Putra Omar, Azmi Muslim.
Tengah: Shakir Shaari, Shukur Jusoh, Helmi Remeli, Affize Faisal Mamat, Yong Kuong Yong, Azammuddin Akil, Nor Farhan Muhammad, Ashari Samsudin.
Penyerang: Khyril Muhymeen Zambri, Amri Yahyah, Abdul Hadi Yahaya, Fauzi Roslan

28 January 2013

SINAR - Harimau Muda Pesta Gol, Benam Palm Beach Sharks 5-1

 SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI
26 Januari 2013



SKUAD Harimau Muda meraikan pesta gol setelah membenam Palm Beach Sharks 5-1 dalam saingan persahabatan di Brisbane, Australia, hari ini.

Dalam aksi separuh masa pertama, Wan Zaharulnizam menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-24.

Selang empat minit selepas itu, Rozaimi menambah jaringan kedua buat Harimau Muda.

Thamil Arasau pula meledakkan gol ketiga dan keempat pada minit ke-32 dan minit ke-35.

Babak kedua permainan, skuad bimbingan Ong Kim Swee berjaya menambah satu lagi jaringan pada minit ke-68 oleh Izzaq Faris.

Namun begitu, gawang skuad Harimau Muda berjaya dibolosi oleh Palm Beach Sharks pada minit ke-82.

Menurut jurulatih, Kim Swee yang dipetik dari laman mikro twitternya, "permulaan baik terutama barisan kesebelasan pada separuh masa pertama namun separuh masa kedua pergerakan amat terbatas dibahagian serangan."

"Keseluruhan pemain menunjukkan disiplin serta kesungguhan yang perlu dikekalkan pada setiap masa baik perlawanan persahabatan mahupun dalam setiap kejohanan."

Skuad Harimau Muda yang berlepas ke Australia, Rabu lepas untuk sesi latihan selama 10 hari sebagai persediaan menjelang kejohanan Sukan Sea-27 yang akan berlangsung pada akhir tahun ini di Myanmar.

17 January 2013

UTUSAN : Safiq Rahim Gugur

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my



KUALA LUMPUR - Harimau Malaya semalam mengumumkan skuadnya dengan ketua pasukan Safiq Rahim tiada dalam senarai 26 pemain yang terpilih mengikuti latihan skuad kebangsaan

Selain Safiq, beberapa nama lain termasuk muka baharu dan lama kembali dipanggil oleh ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal untuk latihan pusat menghadapi Qatar pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 pada 6 Februari ini.

Safiq yang bersama Johor Darul Takzim FC pada Liga Malaysia musim ini, dilihat masih belum dapat menyesuaikan diri dengan pasukan baharunya dan pengguguran pemain tengah berusia 25 tahun itu mungkin bukan satu yang terlalu mengejutkan.

09 January 2013

KOSMO : Harimau Malaya Uji Kekuatan Iraq

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my




NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal (gambar) mendedahkan, skuad kebangsaan bakal beraksi dalam tiga aksi perlawanan antarabangsa sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015 pada Februari depan.

Tiga pasukan tersebut ialah Iraq, Uzbekistan dan India yang telah pun mengesahkan persetujuan mengadakan aksi persahabatan itu.

Jelasnya, perlawanan persahabatan tersebut adalah untuk memantapkan persediaan skuad negara bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2015.

"Seperti yang dimaklum, pasukan kebangsaan akan memulakan aksi persahabatan itu menentang Qatar di Doha pada 6 Februari depan.

"Sebelum itu, skuad negara akan menentang Iraq di UAE pada 1 Februari dan aksi menentang Uzbekistan serta India bakal diadakan bulan September," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Dalam perkembangan sama, Subahan turut mengesahkan FAM telah memohon kepada pasukan-pasukan lain untuk mengadakan aksi persahabatan dalam usaha memperbanyakkan aksi pemanas badan buat skuad negara.

"Selain itu, kita (dijangka) akan bertemu dengan Oman dan jika semuanya berjalan lancar, aksi menentang Oman bakal berlangsung pada 17 Mac depan.

"Kita juga telah menulis surat serta memohon untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan lain termasuk Thailand (7 Jun), Jordan (11 Jun) di laman sendiri, China (18 Jun), Taiwan (14 Ogos) serta Korea Selatan (10 Oktober) dan setakat ini kami masih menunggu jawapan.

"Kami harap mereka akan dapat memberikan persetujuan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan kami," katanya.

Pada perkembangan lain, Subahan turut menggesa agar penyokong-penyokong setia Harimau Malaya memberikan sokongan padu kepada skuad kendalian Datuk K. Rajagobal dalam usaha melayakkan diri secara automatik ke pentas Piala Asia.