AKSI HARIMAU MALAYA

AKSI HARIMAU MALAYA :
PERSAHABATAN ; -
KELAYAKAN PIALA ASIA : 26

AKSI HARIMAU MUDA :

27 July 2012

PERSAHABATAN - Malaysia vs ManchesterCity


Setelah ARSENAL, kini giliran Man.City menentang Harimau Malaya pada 30 Julai ini,

KEPUTUSAN

MALAYSIA vs MANCHESTER CITY
(1)                        (3)

Info : BHARIAN : Man.Cuty Bawa Ramai Bintang
Info : SINAR : Man.City Tewaskan HM 3-1

25 July 2012

PIALA JAVA 2012 (INDONESIA) - Tangguh

java cup 2012 PIALA JAVA 2012 HARIMAU MUDA VS GALATASARY 26 JULAI 2012   ONG KIM SWEE PANGGIL 8 PEMAIN SENIOR SERTAI HARIMAU MUDA

Skuad Harimau Muda + Pilihan Import akan menyertai Kejohanan Jemputan - JAVA CUP 2012 @ Jakarta - 26-30 Julai 2012

Pasukan Jemputan :
  1. INDONESIA - Tuan Rumah
  2. PILIHAN MALAYSIA
  3. EVERTON FC- tarik diri - info 24 Julai
  4. GALATASARY (TURKY) - tarik diri - info 23 Julai
Masih belum keluar JADUAL PERLAWANAN:


Skuad Harimau Muda yang turut mendapat sentuhan lapan ‘pemain import’ iaitu tiga pemain Perak (Shahrulnizam Mustapha, Michal Kubala dan Hisyammudin Shaari), dua pemain Selangor (Amri Yahyah dan Ramez Dayoub), Mohd. Azrif Nasrulhaq (PKNS), Christie Jaya Seelan (ATM) dan Shukor Adan (Negeri Sembilan)

  Info : KOSMO : Teka Teki Harimau Muda Belum Terjawab

INFO TERKINI : 25 JULAI

Pihak Tuan Rumah (Indonesia) umukan, 
JAVA CUP 2012 di TANGGUHKAN....

(mungkin dalam bulan Ogos/September - gara-gara 2 kelab tarik diri)
Oleh kerana skuad 'Harimau' dah ada disana sejak 3 hari lepas.. maka akan diadakan PERLAWANAN PERSAHABATAN antara
PILIHAN MALAYSIA (6)
vs
INDONESIA U22  (0)

24 July 2012

PERSAHABATAN : Malaysia vs Arsenal


KEPUTUSAN

MALAYSIA (1) vs (2) ARSENAL
Azmi Muslim (47)          Thomas Eisfeld (m87)  Chuks Aneke (m90)

Jom g stadium, sokong Malaysia lawan Arsenal (tapi bulan Ramadhan ni, elok duk rumah beribadah...so tak galakkan lee) .,. tunggu keputusan je la.. tp kalu yg betul2 fanatik Arsenal..apa boleh buat..

Hope stadium dipenuhi dengan warna KUNING daripada MERAH yeee..

Apa-apa pun , berikut rekod pertemuan antara Harimau Malaya dengan Arsenal sejak 1975-2011 (4 Kali pertemua) :

  1. 1975 : MENANG - Malaysia (2) vs Arsenal (0)
  2. 1975 : SERI - Malalysia (1) vs Arsenal (1)
  3. 1999 : KALAH - Malaysia (0) vs Arsenal (2)
  4. 2011 : KALAH - Malaysia (0) vs Arsenal (4)
  5. 2012 : KALAH - Malaysia (1) vs Arsenal (2)
Tapi (belum main dah ada alasan..hi2)... Skuad kali ni, mungkin 'tempang' sikit sebab ramai yang cedera terutamanya Safee Sali dan KFC!!.. dan satu lagi main time bulan puasa.. hope boleh beri tentangan dengan pemain gantian yang lain.. apa-apa pun tungggu dan lihat. ngaummmmmm

23 July 2012

SINAR - Harimau Malaya ke Austria Bulan Depan

Rajagobal: Harimau Malaya ke Austria bulan depan

Sinar Harian : 22 Julai 2012




KETUA jurulatih negara Datuk K. Rajagobal hari ini mengesahkan bahawa skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan di Vienna, Austria dari 4-16 Ogos ini sebagai persiapan untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki, November ini.

Beliau berkata, skuad 28 pemain tersebut akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan dengan kelab profesional di negara berkenaan sepanjang tempoh
tersebut.

"Menerusi tiga perlawanan itu, saya harap dapat membuat penilaian mengenai kesebelasan utama untuk Piala AFF Suzuki nanti," katanya kepada pemberita
selepas sidang media perlawanan persahabatan dengan Arsenal FC hari ini.

Rajagobal turut berharap empat pemain utama skuad Harimau Malaya iaitu Mohd Safee Sali, Ahmad Shakir Mohd Ali, Yong Kuong Yong serta penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat yang kini berdepan dengan masalah kecederaan mampu pulih sebelum bermulanya saingan Piala AFF nanti.

20 July 2012

FAKTA MENARIK : Kelayakan AFC U22 2013

Seperti yang semua tahu, bagi kelayakan ke Piala AFC U22 tahun 2013.. harapan kita telah HABISSS!!! PUNAH!! HANCUSS!!, KECEWA!!!.. huhuhu apa boleh buat, tak de rezeki..

Apa2 pun disini dikongsi sedikit fakta menarik setalah tamat pusingan kelayakan ini:
ada le jugak nama 'malaysia' kat fakta ni...

Sumber : Web AFC

23: The highest number of goals, by Korea Republic, ahead of Japan’s 20.
33: The highest number of goals conceded, by The Philippines, 13 more than Chinese Taipei’s 20.
10-0: The biggest win margin, for Korea Republic over The Philippines.
10: The highest number of goals by a player, by Malaysia striker Rozaimi Abdul Rahman, ahead of Saudi Arabia’s Mohammed Yahya who scored six. However, Malaysia finished 3rd in Group G and failed to qualify for the tournament proper

RAMADHAN: KFC & 100PLUS!!!

Hahahaha.. KFC & 100PLUS, macam sedap je bunyi nya..mkn ayam sambil minum air!!.. tapi KFC ni (bukan ayam goreng tu), tapi Khairul Fahmi Che Mat, kini dah jadi model iklan pulak.. Iklan terbaru 100 PLUS bagi bulan pose ni.. Kalau aritu Safee Sali dah jadi model 100PLUS juga, kini giliran KFC.. apa2 pun tahniah dan iklan ni agak kelakar jugak..

Apa-apa pun di ucapakan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1433

Dah jadi Duta 100PLUS rupanya.. rujuk link berkenaan http://sokernet.com/liga-malaysia/khairul-fahmi-dilantik-duta-100plus.html

BHARIAN - ATM Bedil Anak Didik Rajagobal

Lima hari sebelum menentang Arsenal, skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal menerima tamparan hebat apabila ‘dibedil’ Tentera 1-0 dalam aksi pemanas badan di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, malam tadi.

Gol kemenangan juara Liga Perdana itu dijaringkan Rezal Zambery Yahya pada minit ke-54, tatkala skuad kebangsaan tampak pincang tanpa kelibat Safee Sali, Ahmad Shakir Md Ali, Asraruddin Putra Omar, Yong Kuong Yong dan Khairul Fahmi Che Mat yang cedera. Kekalahan mengejut itu harus memaksa Rajagobal mencari formula terbaik dalam tempoh singkat bagi memulihkan kembali moral pasukan supaya mampu menjelmakan tentangan sengit kepada The Gunners selepas dibenamkan 4-0 dalam pertembungan tahun lalu.
“Mungkin nampak ketiadaan penyudah apabila kita beraksi tanpa dua penyerang, Safee dan Shakir yang cedera serta Norshahrul (Idlan Talaha) yang bersama Kelantan.

“Tapi masih masih pemain lain pamer hantaran dan kombinasi baik. Kita masih cari rentak dan dari sini saya dapat sedikit gambaran.

“Biasalah pasukan kelab yang bertemu skuad kebangsaan akan main lebih seratus peratus. Tapi saya yakin, apabila pemain dari Kelantan, Kedah dan Pahang kembali, kita akan memiliki barisan terbaik untuk bertemu Arsenal.

“Keputusan perlawanan ini tidak begitu penting, saya lebih risaukan kecederaan pemain termasuk Asraruddin dan Khairul Fahmi," kata Rajagobal ketika ditemui selepas perlawanan.

19 July 2012

BHARIAN - Kecik, Wan Zack Kena Kerja Keras

23:11:22 PMWan Fakhrul Bakar | wanfakhrul@bharian.com.my


Wan Zaharulnizam (tengah) dan Wan Zack (kiri) berlatih pasukan utama FC Ryukyu, minggu lalu.Akui perlu tingkat tahap kepantasan untuk bersaing sebelum ditawar kontrak FC Ryukyu
Kuala Lumpur: Selepas seminggu menjalani latihan pemilihan bersama kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu, dua pemain sayap muda negara, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Nor mengakui mereka perlu meningkatkan tahap kepantasan untuk bersaing sebelum ditawarkan kontrak. Ini kerana meskipun hanya beraksi di liga divisyen tiga negara matahari terbit itu, pemain kelab berkenaan mempunyai tahap permainan dan corak latihan berintensiti tinggi.
Wan Zaharulnizam, 21, atau lebih dikenali sebagai Kecik, berkata selepas tiba di Okinawa, Jepun Khamis lalu, dia dan Wan Zack diberi peluang menyertai latihan pasukan utama kelab itu sehari kemudian.

“Kami berpeluang berlatih dengan pasukan utama. Jurulatih beritahu kepada ejen yang kami berdua boleh mengikuti semua program latihan pasukan,” katanya ketika dihubungi di Okinawa, semalam.

Bagi Wan Zack, 21, tumpuannya kini hanya mengikut segala program latihan yang diatur FC Ryukyu dan terserah kepada pihak pengurusan kelab membuat keputusan sama ada untuk memberi kontrak kepada mereka berdua atau sebaliknya

17 July 2012

SINAR - Apex : Harimau Tak Gentar

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
14 Julai 2012



 MESKIPUN laluan skuad Harimau Malaya dalam kempen Piala Suzuki AFF 2012 November ini tampak sukar, namun ia tidak menjejaskan semangat pasukan kendalian Datuk K Rajagobal dalam mempertahankan piala tersebut tahun ini.

Penjaga gol utama kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) menyifatkan undian kali ini merupakan satu cabaran yang perlu ditempuhi pemain untuk memastikan gelaran juara buat kali kedua berturut-turut dapat direalisasikan.

“Ini kumpulan yang sukar dan pastinya perlawanan akan berlangsung sengit dan menarik. Namun kami tidak gentar, sebaliknya bersedia memberi cabaran pada kempen kali ini.

“Jadi, saya berharap semua pemain akan fokus dan berjuang habis-habisan nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Pada undian yang berlangsung di Bangkok, Thailand kelmarin, Malaysia diundi dalam kumpulan' maut' bersama naib juara edisi 2010, Indonesia dan juara tiga kali, Singapura.

Mengulas lanjut undian skuad kebangsaan itu, Fahmi berkata, kemampuan kedua-dua pasukanlawan itu tidak boleh dipandang enteng oleh barisan pemain.

12 July 2012

AFF CUP 2012 - Laluan Lebih Mencabar!


Bolehkah HARIMAU MALAYA mengulangi KEJAYAAN 2010!! bagi AFF Cup tahun ini?. Undian telah dibuat dan kita diletakkan dalam Kumpulan B dan di cabar oleh musuh tradisi bola sepak SINGAPORE dan INDONESIA...

Butiran lanjut:
Utusan : UNDIAN MENCABAR


KUALA LUMPUR - Singapura dan Indonesia menjadi lawan Malaysia pada saingan peringkat kumpulan pada undian Piala Suzuki AFF 2012 yang berlangsung di Bangkok, semalam.

Saingan ketiga-tiga pasukan dalam Kumpulan B mungkin tambah menarik jika satu lagi slot diisi oleh Myanmar, yang bersaing dalam pusingan kelayakan.

Jika Myanmar menjadi pelengkap kepada empat pasukan dalam Kumpulan B, ia pastinya menjadikan pertembungan hangat ekoran isu Myanmar yang menurunkan pemain lebih usia pada Kelayakan Piala Asia Bawah 22, baru-baru ini.

10 July 2012

HARIMAU MALAYSA vs ARSENAL & MAN.CITY

PERLAWANAN PERSAHABATAN :

HARIMAU MALAYA vs ARSENAL (24 Julai 2012)
HARIMAU MALAYA vs MANCHESTER CITY (30 Julai 2012)


Sumber : KOSMO (10 Julai 2012)
Safee perkuat skuad kebangsaan
SAFEE turut tersenarai dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi Arsenal dan Manchester City.


SERAMAI 27 pemain telah dipanggil menjalani latihan pemilihan dengan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan dua kelab Liga Perdana England (EPL) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, bulan ini.

Pemain yang dipilih akan berpeluang berdepan dengan Arsenal FC (24 Julai) sebelum menentang juara EPL 2011/2012 Manchester City pada 30 Julai.Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung bermula pukul 8.45 malam.

Selain aksi persahabatan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga sedang mengatur latihan pusat di luar negara bagi skuad tersebut yang dijadualkan bermula pada 4 hingga 16 Ogos depan.

Penyerang kebangsaan yang bermain dengan kelab Pelita Jaya di Indonesia, Mohd. Safee Sali juga dipanggil pulang menyertai latihan skuad Harimau Malaya itu.

Selain Safee, mereka yang turut dipanggil menyertai latihan tersebut ialah Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Mohd. Asraruddin Putra Omar, Mohd. Bunyamin Umar, Norazlan Razali, Safiq Rahim (Selangor), Ahmad Shakir Md Ali, Mohd. Farizal Marlias, Shahurain Abu Samah dan S. Kunalan (Negeri Sembilan).

Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, S. Subramaniam (Kelantan), Mohamad Ashaari Samsudin, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd. Faizal Muhamad (Terengganu), Azamuddin Mohd. Akil (Pahang), Md Rozaimi Abd Rahman (Sabah), Mahalli Jasuli, Mohd. Fadhli Shas (Harimau Muda A), Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak, Amiridzwan Taj Tajudin, Mohd. Azmi Muslim (ATM) dan Yong Kuong Yong (Felda United FC).

09 July 2012

KECEWA.... FAM oh FAM

Suara kecewa sikap FAM kian lantang

Sumber : BH
Rentetan keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung isu lebih umur pemain Myanmar, suara penyokong yang tidak puas hati dengan keputusan itu kian lantang.

Paling ketara, sekumpulan 30 hingga 40 orang penyokong setia Harimau Malaya diwakili orang-orang kuat Ultras Malaya sanggup menunggu sehingga Kongres FAM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur kelmarin berakhir untuk menyerahkan memorandum supaya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan. “Jika tidak kerana bantuan media kita, siapa lagi nak bantu dedahkan penipuan Myanmar. Tapi FAM hanya mahu rujuk data pemain dalam sistem AFC saja.
“Sudah tentu Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Remaja AFC, Zaw Zaw (yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Myanmar) sudah menyembunyikan segala fakta usia sebenar untuk selamatkan pasukan mereka.

“Tapi FAM sendiri sudah rosakkan semangat kita semua. Kami rasa Datuk Azzuddin Ahmad (Setiausaha Agung FAM) gagal mengendalikan isu ini dengan baik dan wajar diganti dengan individu berkredibiliti,” kata wakil Ultras Malaya, Lekir Ahmad.

06 July 2012

BHARIAN : Doakan Saya

NAZMI Faiz melambai tangan ke arah jurugambar ketika berlepas ke Portugal di KLIA, malam tadi.Nazmi berlepas ke Portugal galas maruah bola sepak negara

Kuala Lumpur: Bintang muda negara, Nazmi Faiz Mansor, 18, memulakan kembaranya di pentas Eropah apabila berlepas ke Portugal, malam tadi untuk beraksi selama tiga musim bersama kelab liga utama negara itu, SC Beira-Mar. Kurang 30 jam selepas pulang bersama skuad B-22 dari Yangon, Myanmar petang kelmarin, Nazmi kali ini bersendiri terbang ke Portugal bagi memulakan latihan pramusim bersama Beira-Mar menjelang musim baru 2012/13, bulan depan.
“Ini permulaan karier saya di Eropah. Jadi saya perlu berani mengambil cabaran. Saya akan tunjukkan yang terbaik di sana nanti untuk mengharumkan nama Malaysia. Bukan senang, tapi saya akan gunakan peluang ini sebaiknya.

“Kepada semua peminat saya di seluruh Malaysia dan seluruh keluarga, doakan kejayaan saya di sana nanti. Terima kasih juga buat jurulatih (Ong Kim Swee) dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang banyak membantu,” kata Nazmi ketika ditemui di KLIA, Sepang malam tadi

Mengharap NASIB..Oh Harimau Muda!!

Aduhai..kita mengharap nasib je ni...untuk skuad Harimau Muda mara ke Perlawanan Akhir Piala AFC U22 2013, bergantung pada:

  1. Bantahan Kepada AFC - Pemain Myanmar Lebih Umur
  2. Mengharap Oman dan India seri (Kumpulan A)
  3. Menunggu selesai Perlawanan Kumpulan E
Nasib leee..


Info UTUSAN:

Ini bermakna skuad Harimau Muda mempunyai tiga peluang yang amat tipis untuk turut mengiringi Korea Selatan dan Myanmar ke Piala Asia Bawah 22 tahun, pertama perlu menunggu perlawanan di antara Oman dan India dalam aksi terakhir Kumpulan A awal pagi ini.
Sekiranya kedua-dua pasukan, yang sekarang ini mengumpul tujuh mata mencatat keputusan seri, Malaysia sudah sebelah kaki menjadi pasukan ketiga terbaik untuk mengiringi juara dan naib juara ketujuh-tujuh kumpulan ke saingan akhir Piala Asia Bawah 22 tahun pada 2013.
Selepas melepasi peluang pertama ada satu lagi peluang perlu ditunggu iaitu aksi Kumpulan E melibatkan Australia, Jepun, Indonesia, Singapura, Macau dan Timor Leste. Jika pasukan tempat ketiga kumpulan ini gagal memungut mata mahupun jaringan melebihi daripada Malaysia, maka anak buah Kim Swee masih mampu ke temasya yang kali pertama diadakan itu.
Akhir sekali adalah menunggu sama ada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan mengambil tindakan ke atas tuan rumah yang dikatakan membariskan pemain melebihi had umur. Namun setakat ini belum ada kenyataan rasmi mahupun bantahan telah dibuat.

Rekod AFC peluang terakhir
KUALA LUMPUR - Malaysia berpeluang cerah untuk layak ke pusingan akhir Kejohanan Bawah 22 AFC 2013 walaupun 'dari luar padang' berdasarkan rekod sebuah kejohanan kelayakan peringkat umur Asia yang melibatkan skuad remaja negara, lima tahun lalu.
Kelayakan Kejohanan Bawah 16 AFC ketika itu pernah membatalkan kemaraan Korea Utara yang mulanya menewaskan anak buah Aminuddin Hussein 4-0 di Singapura pada 21 Oktober 2007 dan tidak mustahil tuah sebegitu akan berpihak kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee pula.
Malah, Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pernah mengesan penggunaan pemain lebih umur seterusnya menukar semula keputusan dalam Kelayakan Bawah 16 pada 2007 itu setelah melakukan ujian perubatan biologi, Imbasan Gema Magnetik (MRI) ke atas tulang pemain-pemain yang terlibat.
Situasi hampir sama ini berulang apabila Myanmar didakwa 'bermain tidak adil' dengan menurunkan pemain lebih umur dan menang 2-1 di Stadium Pusat Latihan Belia Thuwunna, Yangon, Selasa lalu, sekali gus layak ke pusingan akhir selaku naib juara Kumpulan G.
Yang penting bantahan rasmi dengan bukti kukuh, perlu dimajukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada AFC kerana jika berjaya, terdapat peruntukan peraturan pertandingan untuk mengubah keputusan perlawanan itu kepada 3-0.
Jika ini berlaku, status pasukan layak ke akhir akan menyebelahi Malaysia.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu, satu sidang media khas untuk menjawab persoalan mengenai bantahan skuad belia negara terhadap Myanmar itu, akan diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
"Perkara ini juga sudah dipersembahkan kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Timbalan Presiden FAM), semalam," katanya yang mengakui dihujani begitu banyak pertanyaan wakil media berhubung isu itu sejak kelmarin.
Kekalahan tipis itu meletakkan anak buah Kim Swee di tangga ketiga Kumpulan G dan pada masa yang sama dipintas Oman (dalam kumpulan lain) yang setakat ini muncul pasukan tempat ketiga terbaik daripada enam kumpulan tidak termasuk Kumpulan E yang saingannya bermula, semalam

04 July 2012

TEWAS & BANTAHAN

Pemain Malaysia kecewa selepas tewas 1-2 kepada Myanmar dalam saingan terakhir Kumpulan G, malam tadi.

Skuad Harimau Muda tewas kepada tuan rumah, Myanmar 2-1 dan tertutup untuk ke Perlawanan Akhir Piala AFC U22 pada tahun depan, tetapi akan membantah kepada AFC kerana Myanmar turunkan pemaian melebihi usia 22..
HARAP KEAJAIBAN leee..

Sumber: BHARIAN:

Pemain Malaysia kecewa selepas tewas 1-2 kepada Myanmar dalam saingan terakhir Kumpulan G, malam tadi.Kim Swee akan kemuka bantahan kepada AFC kerana Myanmar turunkan pemain lebih umur

YANGON: Malaysia akan mengemukakan bantahan kepada Kon federasi Bola Sepak Asia (AFC) kerana Myanmar menurunkan beberapa pemain lebih usia 22 tahun pada perlawanan Kumpulan G, Kelayakan Piala Asia B-22 2013 malam tadi. Pada perlawanan dengan Myanmar di Stadium Thuwunna, Yangon yang berkesudahan Malaysia tewas 1-2, pasukan itu dipercayai membariskan pemain berusia antara 22 hingga 25 tahun

02 July 2012

Rozaimi Hero Baru Harimau Malaya

Nama Rozaimi Abdul Rahman naik mendadak di Myanmar bagi Kelayakan Piala Asia (U22) setelah menjaringkan gol-gol yang membantu Malaysia mencatat kemenangan bergaya. Sehingga kini beliau telah menjaringakan 9 gol keseluruhannya bagi 4 perlawanan. (4 gol -FIlipina, 2 gol-Taiwan dan 3 gol-Vietnam).

Beliau yang berusia 20 tahun (11 Jun 1992) berasal dari Sabah, kini menduduki senarai no.1 penjaring terbanyak saingan kelayakan ini (peh mantap!!!)

Berita terkini : ia sedang diintai oleh beberapa kelab luar untuk menjalani sesi pemilihan. Antaranya kelab dari Eropah dan Thailand.. Sejak akhir-akhir ini produk Harimau Muda semakin laris dan mendapat perhatian.. semoga terus mengaum!!!!

 Bukti kan kehebatan HM apabila melawan pasukan tuan rumah Mynmar pada 3 Julai ini.. terus menyokong!!!


KOSMO : Perjuangan Belum Berakhir

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

FANDI (kanan) bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama pada aksi menentang Myanmar malam esok.


MISI Harimau Muda masih belum selesai di bumi Myanmar.Malam esok, skuad kendalian Ong Kim Swee bakal membuat perhitungan 'hidup dan mati' bersama tuan rumah, Myanmar dalam aksi terakhir Kumpulan G Kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) sekali gus menyambar slot automatik ke pusingan akhir tahun depan.
Tuan rumah kini berkongsi 10 mata dengan Korea Selatan sementara skuad muda negara berada di tempat ketiga dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan dan sekali tewas sebelum ini.
Meskipun Harimau Muda dilihat masih selesa apabila menduduki tempat ketiga terbaik daripada tujuh kumpulan setakat ini, Kim Swee enggan memperjudikan nasib pasukannya serta berazam mahu melakar kemenangan esok.
Mungkin, ramai yang sudah lupa pertembungan malam esok dilihat mengimbau semula skrip yang hampir sama pernah dihadapi Harimau Muda ketika aksi terakhir kumpulan pada temasya Sukan SEA di Indonesia tahun lepas yang menyaksikan pasukan negara berjaya mempertahankan pingat emas.
"Tahun lepas, kami bertemu tuan rumah (Indonesia) pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan menang 1-0.